Thursday, July 16, 2009

- KudaKU

fitrah manusia hidup tanpa percaya
bila mana tiada di depan mata
hanya percaya pada fikiran
hanya mendengar pada perasaan

aku bagai hilang segala cinta
yang ada cuma tidak berdaya
dan kesakitan yang dalam
hilang arah hilang segala

aku tidak sekuat mana
berkali aku mencuba
bukan menafi sendiri
tapi kali ini benar aku keletihan
kehilangan cahaya
tidak gelap
tapi gelita

bukan simpati yang aku perlu
tapi keyakinan yang dicari
tapi jatuh ditolak ketidakupayaan diri
buat aku merasa sangat kerdil

Thursday, July 09, 2009

- aku dan kamu 2

ini bicaraku buat kasih segalaku

dear
aku sangat menyukai kamu
aku terkadang hidup hanya untukmu
namun aku selalu membisu
bukan kerana aku lupa akan dirimu
tapi kerana aku terlalu rindu

sayang
aku jauhi pelbagai segala demi kamu
aku mendiam jua kerana kamu
ku tempuh duri rindu kerana kamu
dan aku sentiasa menuggu kamu

dear
please listen to me..

aku terlalu ingin menemu kamu
aku terlalu ingin bersama kamu
dan kau kecewa juga kerana kamu
namun aku
semakin cintakan dirimu

kasih ku
segala apa yang kutahu adalah pengetahuanmu
tapi mungkin jua kamu tidak mengetahui sesuatu
betapa aku terlalu inginkan kamu
betapa aku selalu pasrah dengan keadaan aku dan kamu

terlalu merindui kamu..

Thursday, July 02, 2009

- MONOLOG INI

beza bukan bila bicara baru bangun dan baru terjaga..
juga berbeza kalau ku katakan baru tersedar
mungkin bahasaku kau faham
andai ku sebut baru ngerti keadaan

longlai aku dalaman meronta
kuat dan tabah menjadi pameran pertunjukan
bagai bukan seorang
sentiasa bermonolog sendirian
mungkin berharap
mungkin melepaskan rasa
mungkin sengaja
mungkintidak bermaksud apa apa

DIA tahu
aku mungkin tahu
kamu mungkin juga tahu