Sunday, January 31, 2010

- TERIMA KASIH BUAT SEMUA

suria petang menyilaukan mata
walau curahannya hanya dari belakang awan yang murung

silauannya buat mataku berkelip mengelak
pedih dan perih kerana kilauan cahayanya

titis hujan bagai silu untuk turun
hanya sekali sekala mencuit basah
alam yang sedia menadah

murung awan tidak seperti mahu menangiskan hujan
hanya mendung dan memberi bayangan
bersama angin yang datang tidak keruan
terkadang bahang ditiupnya
terkadang sejuk datang bersama

aku jua sepertinya
sepertinya hendak meluahkan
tapi segan datang menahan
buat aku terdiam
tergamam

dan masih dalam fikiran
bersama sesuatu yang terbuku di dalam

sudah lama aku tidak ke mari
sudah agak lama aku menyepi

bukan niatku membatu diri
tiada terfikir untukku lari
tetapi akal bagai tersekat sendiri

mungkin aku ketandusan
mungkin aku kesempitan
mungkin aku tidak berkesempatan
mungkin juga aku tidak lagi berkemampuan

namun aku gagahi
kini aku kembali
walau segala 'mungkin' tadi masih berlegar
meragukan aku tentang upayaku
kerana aku mahu bersama kamu
penemanku...di alam mayaku!

terima kasih kerana masih sudi terus membaca lontaran puitisku! =)

9 comments:

  1. bebanan apa yang begitu berat awak pikul ni .. lontarkan ia ke alam maya agar beratnya dapat di rasa bersama.

    ReplyDelete
  2. hahahaha


    dengan izin tuhan, semua dapat membantu dari semasa ke semasa k! hahahhaah tq =)

    ReplyDelete
  3. salamualaik..
    lama aku tak ke sini.em, kembali melontar ilham indah tu..jangan biar terpendam. kenapa tak cub hantar pada2 mana2 penerbitan. Mana tahu ada raezeki dan lebih penting, kita akan tahu tahap karya kita macam mana..try the best..tq singgah komen di 'MUTIARA MUJAHIDAHYUSOFF.'>_<

    ReplyDelete
  4. salam buat mutiara, da lama kan ta bebicara sesama kita hahahaha

    tq k sb singgah n komen kat sini! =)

    ReplyDelete
  5. Sepi, menyepi jangan terbenam sudah

    ReplyDelete
  6. puitis giler ko yer
    hehehe
    thanks sudi ziarah blog aku
    rajin2 la datang yer


    P/S : Kalau sudi jangan lupa vote entry no 19 dekat komen box blog nih tau

    http://denaihati.com/hidup-berani-untuk-gagal-apa-entri-pilihan-anda

    suruhlah member - member kamu vote entry no 19 yer...

    tarikh tutup vote 7hb pukul 11.59 malam

    ReplyDelete
  7. salam to pokli

    hahahaha maner ader terbenam... tenggelam jer hahaha =p

    ReplyDelete
  8. salam to hans

    yep! mwish yu gudluck k! hahahaha =p da p tgk ari tuh, tp ta sempat na undi...huhuhuhu =p

    ReplyDelete
  9. salam,
    em, aku sndiri tengah cuba baiki tulisan2 yang kadang2 macam pening je..huhu..gud luk..try le kembangkan bakat atau sekdar mahu menulis peribadi?..

    ReplyDelete

terima kasih