bila terbit fajar
aku rasa cahaya yang memancar
memberi silau yang cerah dan indah
mematikan seketika fikiran aku tentang kamu
hanya untuk seketika....
bila malam menjelang
kegelapan yang datang
menenangkan dan merehatkan aku
dari memikirkan kamu untuk seketika
hanya untuk seketika...
bila dikira waktu dan masa yang berdetik
fikiran aku hanya tentang kamu
kadang jauh melayang mencari kamu
kadang berlegar dekat membayangkan kamu
hampir setiap kalinya
bukan hanya seketika
bila ditanya pada sendiri
sendiri aku diam terpaku
sendiri aku diam membisu
aku kabur apa mahuku
aku bongok memikirkan kamu
aku sungguh sangat menyukai kamu
aku sungguh sangat menyayangi kamu
aku sunggu sangat menginginkan kamu
dalam kamu diam terus pergi
aku tidak tahu apa mahumu
aku tidak dapat membayangkan apa aku pada kamu
kamu ambil hatiku
kamu biar ia sejuk membeku
buat aku kaku hanya dengan kamu
dingin dengan selain kamu
dan aku masih bongok kerana terlalu mencintai kamu
aku sugguh cintai kamu
No comments:
Post a Comment
terima kasih