Thursday, December 04, 2008

- Aku Takut





siang datang bersama cahaya
namun pandanganku kelabu
siang ku tidak lagi panas membara
kerana aku terkurung di dalam sangkar itu..


malam pergi membawa kegelapan
ini yang aku sentiasa rasakan
kehidupan bagaikan bergelombang
dipukul ombak yang tidak kelihatan
aku terdampar dalam kesedaran..


terkejar kejar
berlari tidak tahu entah ke mana
kini hanya kaki menjadi raja
langkah tidak bertujuan menjadi ikutan
membawa pergi minda dan jasad
pergi entah ke mana
dalam kewujudan....


takut
aku takut
mereka semua menakutkan
mereka jua selalu menakutkan aku
mereka jua sering meletakkan aku dalam ketakutan


bukan maut yang mereka bawa
bukan maut jua yang aku takutkan
mereka minta aku berdiri di depan mereka
mereka mohon aku berbicara di depan mereka


dan ini amat menakutkan
aku yang sentiasa dengan duniaku
kini bagai ke dunia baru..


bicara tentang sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
bicara tentang diri yang sangat kecil di luar dunia
bicara tentang perkara yang perlu jadi ikutan semua
bicara tentang kebaikan dalam dunia


aku masih takut
aku masih kaku
aku masih lagi mencuba
untuk menerima mereka
aku tahu,
ajaran mereka aku perlukan
pengalaman mereka aku utamakan

jangan letak aku di kesampingan
hanya kerana aku ketakutan..

cepat perlahan pasti akan aku usahakan
mungkin lambat mungkin jua tidak kelihatan
tapi aku sedang merangkak berjalan
untuk sama seperti kalian..


mungkin lambat mungkin jua tidak kelihatan..
kerana aku masih lagi dalam ketakutan...

10 comments:

  1. ellow...

    jangan takut pada manusia..sebab kita semua adalah manusia..

    salam

    ReplyDelete
  2. salam,
    takut tu perkara biasa utk setiap permulaan benda yg baru,tapi jgn jadi kan dia sebagai penghalang k,cbe atasi perasaan tu perlahan2x,jadikan apa yg ditakutkan sbgai satu kebiasaan,insyaallah,segalanya akan ok..percaya pada diri sendiri,jika orang lain boleh buat,mengapa kita tidak..tc..my prayers will always b with u..=)

    ReplyDelete
  3. aiman2..dr muko ko kat atas tu dah nampak mcm org lam ketakutan..rilek la..keja kat tmpt baru mmg byk dugaan..so take it +ve..jgn takut,kerana ketakutan tu blh mematahkan semangat kta..gudluck n be strong ok?

    ReplyDelete
  4. Ketakutan akan hilang dengan usaha melawannya...:)

    ReplyDelete
  5. salam to amoi chantek

    tq sb prihatin n pasan ketakutan yang amat sangat kat pic tu...

    i am felin better rite now..
    tp mimiko kao tu jaat sgt n da lupakan ako.. gugugugu sedey gugugu

    ReplyDelete
  6. salam to Pok Li

    terima kasih atas nasihat semoga aiman akan menjadi sebaik Pok Li suatu hari nanti..

    arigato gonzaimas..

    ReplyDelete
  7. Salam Aiman..selamat hariraya aidiladha..jangan takut-takut lagi ye..hehehe..moga ceria selalu.

    ReplyDelete
  8. gambate, man...
    jia you!!
    hug hug...

    ReplyDelete
  9. buat ape nak takut?
    ko patut takut dgn dosa2 lampau ko
    bertaubat la selagi ade mase

    ReplyDelete

terima kasih