Saturday, November 22, 2008

- Mereka




















syukur..

nikmat dari tuhan yang maha agung..

semakin banyak pohon dan pokok dilewati..
flora yang menambahkan kenyamanan dunia..
hijau dan warna yang pelbagai..
benar benar memikat pandangan..





angin yang masuk
sepoi sepoi dirasakan
lebar senyuman diwajah menampakkan gembira
rindu ini sudah lama dipendam
rindu ini sudah lama menari nari dalam hati
dan sebentar lagi mereka akan ditemui..

rindu kedua ibu bapa

hurm..


sekalian..
sayangkah kamu pada mereka?
mereka yang dari dulu menjaga hidup mu
mereka yang menyempurnakan suatu kelahiranmu
mereka yang tidak pernah lupa membimbangi keadaanmu..


hurm..

ingatkah segala perbuatanmu?
mungkin dosa yang kamu lakukan dan melukai mereka?
dosa yang ditinggalkan membebani mereka?
menyiksa mereka, meranapkan keamanan mereka?
dengan perbuatan durja tanpa kesedaran mereka?

sekalian..

sudahkah keampunan itu kamu pinta dari mereka?
dengan penuh keihklasan dari dalam hati?

kerana jangan kamu hanya tahu menghargai mereka..
pabila mata mereka tidak lagi dapat dibuka..
pabila jasad dan nyawa tidak lagi bersama..

Tuesday, November 11, 2008

- Ma, -e- ucap terima kasih






























mentari terbit sedikit demi sedikit membawa pagi

dan,
bersama cahaya yang dicurahkan
dibawa jua harapan ke seluruh alam
dibawa jua kesedaran bagi mereka
yang sentiasa bermuhasabah
dan redha..

langkahku yang lemah aku teruskan
kakiku bagai lemas cuba melayan
namun, bukan kaki yang aku risaukan
tetapi perutku yang pincang kekosongan
hurm...
kutetap melangkah perlahan lahan

di kota manusia yang pelbagai ini
aku memandang dengan harapan
moga aku sentiasa dikuatkan dengan iman
tabah dengan cabaran dan dugaan
untuk meneruskan kehidupan yang telah dimulakan

sayu tiba tiba datang menjenguk dan masuk
terus bertandang di hatiku melalui tingkap ingatanku
hurm...

ma
maafkan aku menyusahkan mu semalam
kau tidak merungut waktu aku meminta
kau berikan jua aku keperluan dunia
walau dalam kau tiada upaya
walau badanmu masih sakit dek panas dunia

ma
maafkan kelalaian aku munyesakkanmu
maafkan kecuaian aku yang memintamu

aku terlalu lapar untuk menahan
perutku sakit tidak dijamu makanan
maafkan aku sekali lagi kerana mengharapkan
jasa darimu untuk aku meneruskan kehidupan
di dada kota yang manusia ciptakan

ma
aku berdoa aku bersyukur
aku punyai mama yang sebaikmu
aku berjanji menjaga diri
aku berjanji tidak akan mengulangi
segala salahku sebelum ini

tuhan
mohon aku hambamu yang hina
berikanlah segala kebaikan kepada mama
banyak sudah yang mama korbankan
tidak terkira jumlah getir mama lalui
untuk aku yang terlalu manja mengikut kemahuan

tuhan
aku benar benar bermohon padamu tuhan..
berikanlah kebaikan di dunia dan akhirat buat mama..

amin..


Sunday, November 09, 2008

-Tentang ayah dan anak















cengkerik dan unggas malam saling menyanyi
memanggil manggil antara satu dengan yang lain
bunyinya tidak keruan namun bagai satu melodi
menyanyikan lagu malam yang mengasyikkan

entah mengapa ayah amat sunyi malam ini
bagai ada sesuatu yang terbuku di hati
namun tidak pula diluahkan lagi..

anak mengambil sikap tidak peduli
masih bersama rakan yang datang mengunjungi
atau langsung tidak perasan ayah sendiri
hanya anak yang pasti dan mengerti

keluar sahaja mereka yang bukan saudara
ayah mula bersuara dan bertanya
bertanya anak, agak marah tapi masih ayah cuba bersahaja
mungkin tidak mahu riuh itu didengar sesiapa

namun anak jua tidak mengalah
menyalahkan ayah dan tidak mengaku salah
ayah jadi kelam dan mula kehilangan arah
melenting dan menaikkan nada menunjukkan marah

apa yang digaduhkan menjadi persoalan
tiada lagi sabar untuk ditahan
anak pergi tinggalkan ayah tanda melawan
ayah terpinga penuh kegeraman

riuh gempita tengking si ayah
marah dengan anak yang dulu di timang
kini melawan bagai dialah raja
tidak langsung tahu menghormatinya

siapa salah antara mereka?
ayah yang marah atau anak yang menderhaka?
mungkinkah ayah yang telah terlupa?
atau anak terlalu dimanja?

bila ditanya tanya kembali
anak yang salah kerana mengingkari
tapi ayah juga yang dulu tidak ambil peduli
namun bila terlanjur semua serba tidak menjadi

ayah, anak, harus saling memahami
ayah patut selalu dicontohi
anak pula jangan di biar sendiri
kerna anak mungkin lari dari landasan realiti

andai terjadi perkara begini
sabar dan bertenanglah cara terbaik
ayah jangan cepat melatah menyalahkan anak
ayah jangan mudah ikutkan rasa amarah

bertanyalah sebagai ayah mengambil berat
berlembutlah tanda ayah amat menyayangi

anak pula janganlah lupa diri
ayah sentiasa bersifat melindungi
berterus teranglah andai itu kesilapan diri
kerana ayah yang paling memahami

terimalah hukuman tanda keinsafan
sayanglah ayah yang sentiasa berkorban

Saturday, November 08, 2008

- teruslah menangis dewi dalam hatiku











tabah lah hati wahai dewiku
aku ini setia untuk mu
jangan kau tahan tangisan mu
kerna itu bisa membuatku kaku

teruslah menangis kerna itu bisa melegakanmu
biarkan lah air mata mu menyembuh kan luka mu

jangan kau senyum untuk kegembiraan aku
kerana senyum mu tiada jiwa bersama
senyumlah pabila hatimu tersenyum
kerana tiada lagi apa yang terbuku

jangan kau senyum dengan kehibaan
kerana kau yang terasa pilu
aku jua amat merasai
kepedihan hati yang kau alami

luah kan pedihmu dengan air mata mu
buangkan semua yang pahit dengan tangismu

dan ingatlah selalu
walau aku bukan yang istimewa dalam hatimu
namun kau sentiasa terbaik dalam hatiku

wahai sayang yang ku dambakan
aku in sentiasa untukmu
walau kau tidak pernah tahu
atau kau sengaja membiarkan aku
aku kan tetap sedia untukmu

- Akan ku cuba lagi




















satu hari yang panjang
dari shah alam ke pantai dalam
ini permulaan kata yang terlintas di minda ku

namun aku akui hari ini juga menyegarkan aku
untuk lebih bersedia menghadapi hidup yang baru
hidup sebagai seorang yang berkerjaya

langit tampak luas dan amat panas
tanpa awan yang selalu berselerak
peluh yang membasahi tubuh ku
setitis demi setitis menyembah bumi

tekak yang dahaga aku basahi
ulang kali aku jamu dengan air pelangi
harap dapat mengurangkan perit kepanasan matahari

silau cahaya aku tahan demi mencapai objektif hari ini
mencari tempat berteduh dari panas dan hujan
mencari tempat beradu di kala berlabuhnya malam
mencari tempat bersandar andai penat sesudah bekerja
namun masih bukan rezeki ku pada hari ini

hurm..
sudahlah semalam aku dalam kelam
kerana cuai aku jua yang kerugian
kerana lewa aku yang kehilangan

namun,
aku perlu berusaha lagi
mencari kehidupan yang lebih berkualiti
mungkin bukan pada hari ini
jodohku untuk menemui

tapi esok masih ada
akan aku usahakan lagi

ini,
pasti dan amatlah pasti..

- Akibatnya

















semalam aku rasa sangat kecil
diduga olehNYA kesabaranku
hampir menitis air mata
kerana rasa kecewa dan hampa
setiap kali diri rasa tidak berdaya

tapi aku cuba jua tabahkan hati
ku pamerkan rasa gembira walau hati ini
tidak sekali kali
walau aku benci menipu diri
namun aku mungkin perlukan ia sesekali

hendak ku marah ini kecuaianku
hendak ku tangis ini dugaan buatku
hendak ku maki tiada siapa kecuali diriku

untuk itu,
aku conteng satu kertas buat peringatan diriku
aku, jangan cuai menjaga sesuatu
aku, jangan kelam andai perkara sebegini berlaku
aku, jangan ulangi kesilapanku...

Friday, November 07, 2008

- Bangunlah Dari tidur












Cahaya masuk mencurah dari tingkap
Membangunkan mimpi yang jauh membawa lena
Badai yang datang jua menambahkan selesa pada pagi ini
Namun perasaan malas masih lagi melengahkan masa
Yang selalu menghambat manusia
Yang mengejar manusia tanpa rasa simpati

Tik tok bunyi jam tidak dipedulikan
Liat benar rasanya hendak bangun dari tempat peraduan
Lalu dicapai air pelangi dari meja untuk diteguk

Dengan harapan malas itu pergi sejauh mungkin
Dengan harapan dapat bangun menghadapi hari yang baru

Inilah lumrah kehidupan
Satu perjalanan yang telah ditetapkan
Selalu berlengah dan kemudian terkejar kejar

Kuatkanlah semangat kehidupan
Agar kau tidak tertinggal di belakang
Nanti kau bising kenapa mereka itu selalu yang kaya
Nanti kau riuh mengapa mereka sahaja yang senang

Tanpa kau sedar kau yang perlahan sebenarnya
Kau dan malas bagai saudara rapat
Tidak dapat dipisahkan tidak dapat dijauhkan

Pabila kau tidak berdaya
Kau anggap dugaan itu terlalu kuat
Kau anggap ujian itu tiada keadilan

Tapi,
Sebetulnya kau yang malas
Sebetulnya Kau yang tersangat malas

Tolonglah ubah sikap burukmu
Cubalah jadi lebih reality
Jangan asyik dalam fantasi
Ini akan membunuh akalmu
Ini akan melambatkan pertumbuhan kehidupanmu
Ini akan melambatkan dayamu melemahkan imanmu

Thursday, November 06, 2008

- Jangan Terus Percaya Mereka












Jangan percaya pada bayang yang mengekorimu
Ia mungkin setia tapi ia jua tiada tulus
Hanya menunjukkan luaran yang gelap tapi tiada hati yang jujur
Jadi jangan percaya pada bayang bayang mu

Namun ia tetap setia
Mengekori ke mana sahaja

Jangan dengar angin yang berlalu
Berita yang di bawanya mungkin palsu
Baik kau selidiki bayu itu
Sebelum ditelan rasa tertipu

Mungkin yang dibawa itu hanya desas desus
Mungkin yang dibawa itu hanya konspirasi
Mungkin jua ia hanya satu provokasi

Jangan curahkan air dari tempayan
Hanya kerana mendengar guruh di langit
Kerana kau mungkin keterlaluan
Membuat konklusi sendiri

Periksa dahulu segala apa yang kau pandang
Teliti dahulu segala yang kau dengar
Ini akan membantu kau mencari kebenaran

Jadilah kau diri sendiri
Percayalah kau diri sendiri
Jadilah kau hati yang jati
Yakinlah kau dengan idea kau sendiri

Apa yang penting jangan pernah kau ingkari
Bahawa kau bisa melihat kesilapan diri
Dunia ini tiada benar sebenar benarnya
Hanya pendapat yang berbeza

Tuesday, November 04, 2008

- Aku bagaimanakah Aku??














apa lagi yang boleh aku buat?
apa lagi yang harus aku lakukan??
untuk mendapatkan itu dari mereka??
setakat ini semua menunjukkan hasil yang sama..
baik yang pergi buruk yang datang...
biar sebaik mana aku mencuba hasilnya tetap sama..

atau aku tiada keihklasan dalam hati?
sentiasa mengharap sesuatu dalam pemberianku??
atau aku yang terlalu selalu dengan duniaku??
selalu menyerongkan pandangan dan segala apa yang berlaku??

yang pasti aku kepenatan dengan hidup yang begini..
hendak ku putus asa itu bukan caraku mahupun tingkahku..
hendakku biarkan sahaja pahit yang ku telan tak mampu lagi di tahan..

tapi apa dayaku??
diperlaku begitu??

hurh....

lesu aku lesu..
dengan kehidupan yang melesukan ini..
lelah aku lelah..
dengan dugaan yang Dikau berikan...

kuat kan aku ...
ini pintaku...
kerana aku..

aku tidak sekuat insanMu yang lain...

- HIjau Kan bumi Tuhan














Dahulu,
Hijau bumi tuhan warnakan
Dengan flora yang tidak terbilang
Cantik, indah dan menawan itulah gambarannya

Kini,
Merah, biru, kuning seribu warna
Dengan pencakar langit serta segala
Manusia ciptakan untuk menambahkan suasana
Masih cantikkah? Masih indahkah? Ini persoalannya

Kota manusia kini sesak
Dengan berjuta karenah dan sifat
Insan yang dicipta kini mereka
Agar penuh segala yang di impikan

Alam yang segar jadi taruhan
Sebagai pentas expresi kehebatan
Tanpa peduli apa akibat
Serta impak yang datang kerana ketamakan

Biru jernih air di lautan
Kini keruh kerana kealpaan
Mentari terik dulu menyamankan
Kini dicaci kerana bahangnya tidak mungkin dapat ditahan

Angkara makhluk yang tamak haloba
Hidup dengan nafsu sebagai haluan
Hati diguna sebagai fikiran
Jiwa dipasak menjadi pegangan
Akal bukan lagi jadi pegangan
Iman tidak lagi wujud, kini hanya menjadi sebutan

Kasihan dunia yang dulu biru
Kini haru juga celaru
Sedihnya alam yang dulu satu inspirasi
Kini habitat yang sempit berbau basi

Musnah hidupan kerana angkara manusia
Yang tamak, bodoh serta asyik
Dengan kemajuan tanpa memikirkan masa depan

Hancur kemakmuran kerana insan
Yang masih hidup atas nama dalam kelupaan...

- Catatan buat Abah dan Mama

















Buat abah dan mama

Ku tulis ini tanda protesku
Ku tiggalkan catatan ini tanda amarahku
Ku ungkap semua ini sebagai puisi tanda kedegilanku

Abah dan mama

Tolong fahami jiwa memberontakku
Tolong jiwai rasa ketidak puasan hatiku
Tolong hargai keupayaan aku
Jangan lagi memanjakan aku..

Abah dan mama
Cukup sudah apa yang di beri
Perit lelah semua telah aku rasai
Dan, aku amat menghargai semua ini

Kini berilah peluang untuk aku berdikari
Berilah aku peluang berdiri di atas kaki ku sendiri
Biarlah aku terokai jalanku sendiri

Abah dan mama
Aku bukan budak yang berkencing lagi
Aku bukan si manja yang menangis lagi
Aku banyak rasa sedih dan iri
Melihat mereka yang dilepaskan pergi
Sedangkan aku masih lagi dikongkong dan dililiti

Abah dan mama
Aku tahu kamu sayangkan aku
Aku tahu aku sayangkan kamu

Kini,
Tiba masa kau sadar aku telah membesar
Tiba waktu kau tahu akan kematanganku

Aku janji,
Ajaranmu akan ku amal selama mungkin
Peringatanmu akan aku semat selagi sedar
Cuma kini lepaskan aku..aku meminta..

Terima kasih atas segala pengorbananmu

Dari aku anak manja dan kesayanganmu..

Monday, November 03, 2008

- andai dua hati bersatu...(1)

dari mata,turun ke hati..
dari hati,jatuh kejiwa..
jatuhnya ke jiwa,menzahirkan cinta..
dari zahirnya cinta,wujud la aku..
wujudnya aku,adanya kamu

adanya kamu tercipta untukku.
disini bermula dua cerita menjadi satu
dua hati aku dan kamu
dua rasa yang saling memadu
kita bersatu dalam beribu......


*to be continue..

Saturday, November 01, 2008

- "mama takut, papa takut..."















hujan di luar bagai memanggil manggil
guruh dan kilat sabung menyabung
kesejukan jelas dapat dirasai dek tiupan bayu yang bersama air

katak dan kodok bagai meraikan sesuatu sahut menyahut
bermain air hujan yang turun semahu mahunya

awan bagaikan tidak mampu lagi menanggung air yang dikandung
lantas memuntahkan semuanya ke bumi
menutup langit dengan titisan yang seakan tidak mahu berhenti

berhentilah menangis wahai anak kecil
jangan takut akan kilat dan guruh
jangan tutup kedua belah telingamu kerana takutkan mereka
jangan pejamkan matamu kerana takutkan mereka
berhentilah menangis

bantu anakmu wahai ibu yang penyayang
beranikan anakmu wahai bapa yang pengasih
jangan biarkan mereka takut
jangan biarkan mereka takut
jangan biarkan mereka takut

katakan pada anakmu wahai ibu
hujan itu satu rahmat, rezeki dari Yang Esa
katakan pada mereka wahai bapa
hujan itu satu pemberian, anugerah dari Tuhan

biar mereka belajar sedari kecil apa itu bersyukur
biar mereka tahu sedari kecil tuhan Maha Adil

biar meraka sentiasa ingat tuhan tidak pernah lupa akan hambanya

agar mereka jua tidak lupa padaNya