Wednesday, December 24, 2008

- "you've got a friend"


"you've got a friend", originally uploaded by woolloomooloo.

Panas tidak lagi dirasa bahangnya
Matahari yang terik terang
Bagai tiada memberi perasaan
Mungkin gundah ini lebih terasa berbanding itu
Mungkin jua fikiran yang dilayang jauh ini
Menghilangkan segala perasaan


Awan pula merayau rayau tanpa haluan
Hanya mengikut angin yang membuai
Dibawa jua perasaan ini bersamanya
Dan berapungan tanpa batasan

Aku tidak tahu apa salahku lagi

Jari jemari ini bergetaran tanda gundahku
Ini jeritan akalku jeritan rasaku jeritan mindaku

Aku mahu tahu apa lagi salahku
Kedatangan ini hanya sekadar melebar sayap
Mahu kenalan lebih ramai
Mahu sahabat yang lebih baik
Tiada maksud lain disebalik




Namun,
Bagai pohon berayun kencang dek taufan
Kau fikir aku sebaliknya
Aku benar ikhlas dalam kedatanganku
Maaf andai ia membawa maksud yang seribu
Maaf jua aku tidak seperti yang kau anggapkan

Kerna aku manusia
Aku lahir dengan rasa
Aku lahir dengan nafsu
Aku lahir dengan akalku

Apa apapun,
Terima kasih kerna kau banyak berbakti
Terima kasih kerna kau banyak membantu
Terima kasih kerna kau pernah menerimaku

Bukan niat untuk pergi
Tapi andai ini yang kau rasa perlu
Tidak keberatan bagiku
Sebagai tanda terima kasihku

Namun aku
masih tetap seperti dahulu
Menyayangi dan akan membantunmu
Andai suatu hari nanti
itu yang kau perlu..

10 comments:

  1. pandainya bermain kata-kata...berbakat betul aiman ni..

    ReplyDelete
  2. kecik hati ngan sapa pulak ni....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jangan pedulikan orang di sekeliling...bukan mereka yang bagi kau makan saudara...ish ish ish

    ReplyDelete
  5. huhuhu..dalam persahbatan dan berkawan memang macam tu..nak buat baik,kadang2 dibenci orang..kelebihan yang kita punya sepatutnya masing2 berasa menghargai..dan sikap semburu tak bertempat akan kelebihan yang dimiliki membuatkan dirinya bersikap negatif dengan kjita

    ReplyDelete
  6. owh bukan anti dgn aiman...
    cbe ko pikir2 blk
    knp setiap org yg kwn dgn ko still rase ko ni sngt manipulative...
    slh kwn2 ko jugak ke?
    pk2 kan la

    ReplyDelete
  7. salam to anonymous..

    terima kasih atas pandangan anda..
    mungkin anda betul mungkin jua tidak..

    tapi terus terang, cara anda muncul sbagai anonymous ini sangatlah tidak menyenangkan..

    oleh itu selepas ini tidak akan ada anonymous lagi di ruangan komen blog ini..

    btw, terima kasih atas ingatan anda..

    salam

    ReplyDelete

terima kasih