Friday, January 18, 2013

Irma Diana















Ikal rambut kau sembunyi cantik
harum dalam pandangan hanya untuk teman syurgamu
Namun masih, kau di hambur kata kurang enak oleh dia
Dia yang tidak tahu betapa kau lelah menjaga sebuah cinta

Kau pintal segala jerih penat dan lelah jadi tali
penyambung masa depan anak anakmu
Masih berharap ada cahaya yang menyuluh jalan depanmu
Mengharap ada tangan yang tidak gentar datang membantu

Kau ibu kau rakan kaulah pemberi semangat
Kau ketawa tika hati kau berduka kerana dia
Kau litupi semuanya 
Semua rasa yang membebankan dengan senyum tawamu
Kau kuat dan sentiasa fikir bagaimana untuk terus kukuh kuat lagi
Demi sebuah keluarga Demi Hakim demi Haikal demi Putri
Demi ibu yang turut lelah membelah sengsara bersamamu

Aku dari jauh kagum dengan azammu
Kami dari sebelah kanan dan kirimu
Mendoa agar kau tidak akan pernah terjatuh
Terus utuh walau dia tidak disampingmu

kepada Tuhan yang Maha Segala 
mohon diberi lagi kekuatan untukknya
teruskan hidup dan berjaya

Aminnn untuknya....

No comments:

Post a Comment

terima kasih