Sunday, January 18, 2009

- Kau Pasti akan berjaya - Chariot of Victory (Rome - il Vittoriano)

Jangan bicara tentang kerisauan
kerna kau pasti akan risau
dan mati ditelan perasaan tidak tenteram

Jangan bicara tentang kegagalan
selagi kau tidak mencuba
meneroka perkara yang kau tidak pernah lakukan

Tapi berkatalah kepada diri
yang engkau sangat berani
mengadapi segala apa
dengan usaha sendiri
menjadi optimis
dengan pemikiran sendiri

Kejayaan akan datang
setelah kau sedar kau telah gagal
Kejayaan akan datang
setelah kau bangkit dan membuat perhitungan

Namun,
jangan kau lupa setelah berjaya
kerna lupa seakan memanggil kepada kegagalan.

5 comments:

  1. khas buat saudaraku jangan kao berputus asa dalam usaha kao..

    ReplyDelete
  2. semua pasti ada jalan yang terbaik..terpulang pada diri untuk menghayati seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. to offamir

    ako setuju dgn pendapat kao mir. namun biasanya manusia kan tersilap membuat keputusan kerana buta dengan apa yang ada di depan mata dan terlalu percaya pada yang maya.

    ReplyDelete
  4. to Pok Li

    salam dan selamat buat Pok LI sekeluarga

    ta dapat dinafikan lagi kegagalan adalah guru yang terbaik selagi kita sedar keslahan kita.terima kasih

    salam kembali

    ReplyDelete

terima kasih