Jangan bicara tentang kerisauan
kerna kau pasti akan risau
dan mati ditelan perasaan tidak tenteram
Jangan bicara tentang kegagalan
selagi kau tidak mencuba
meneroka perkara yang kau tidak pernah lakukan
Tapi berkatalah kepada diri
yang engkau sangat berani
mengadapi segala apa
dengan usaha sendiri
menjadi optimis
dengan pemikiran sendiri
Kejayaan akan datang
setelah kau sedar kau telah gagal
Kejayaan akan datang
setelah kau bangkit dan membuat perhitungan
Namun,
jangan kau lupa setelah berjaya
kerna lupa seakan memanggil kepada kegagalan.
Sunday, January 18, 2009
- Kau Pasti akan berjaya - Chariot of Victory (Rome - il Vittoriano)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
khas buat saudaraku jangan kao berputus asa dalam usaha kao..
ReplyDeletesemua pasti ada jalan yang terbaik..terpulang pada diri untuk menghayati seterusnya membuat keputusan yang terbaik.
ReplyDeleteKegagalan adalah guru terbaik
ReplyDeleteto offamir
ReplyDeleteako setuju dgn pendapat kao mir. namun biasanya manusia kan tersilap membuat keputusan kerana buta dengan apa yang ada di depan mata dan terlalu percaya pada yang maya.
to Pok Li
ReplyDeletesalam dan selamat buat Pok LI sekeluarga
ta dapat dinafikan lagi kegagalan adalah guru yang terbaik selagi kita sedar keslahan kita.terima kasih
salam kembali