Thursday, July 16, 2009

- KudaKU

fitrah manusia hidup tanpa percaya
bila mana tiada di depan mata
hanya percaya pada fikiran
hanya mendengar pada perasaan

aku bagai hilang segala cinta
yang ada cuma tidak berdaya
dan kesakitan yang dalam
hilang arah hilang segala

aku tidak sekuat mana
berkali aku mencuba
bukan menafi sendiri
tapi kali ini benar aku keletihan
kehilangan cahaya
tidak gelap
tapi gelita

bukan simpati yang aku perlu
tapi keyakinan yang dicari
tapi jatuh ditolak ketidakupayaan diri
buat aku merasa sangat kerdil

1 comment:

  1. salam..lame tak singgah sini..em, be strong, memang susah nak berkeyakinan tapi amik masa, kenali diri..pohon pada TUHAN..as long as kiat tak buat salah dan cuba pertingkatkan diri kita yang kita mahu ke arah kebaikan..insya-allah, kita akan dapat apa yang kita nak..

    ReplyDelete

terima kasih