berat bahu ini memikul sakit di hati
melangkahi kehidupan
ada duri ada ranjau
tersalah jalan asyik luka
tersalah pijak sendiri merana
namun tidak pernah berat di pandangan
mata mereka yang lain
mereka yang hidup penuh kesombongan dunia
mereka yang hidup dipayung harta
mereka yang hidup tidak pernah
dibasahi hujan kesusahan
fikirkan kawan
belum tentu mereka tidak akan menjadi lawan
fikirkan saudara
hidup bagai nakhoda
sentiasa ada yang ingin berkuasa
hidup sendirian
mana mungkin
kerana kita dicipta berpasang
ku cuba lari dari semuanya
masih lagi dikejar
masih lagi aku berlari
manusia dan masalahnya
semua sudah terbentang
jalan sudah tersedia
kita hanya melaluinya
berat
kita menggarap semuanya
ringan
kita juga yang menghasilkannya
No comments:
Post a Comment
terima kasih