berbisik sang badai padaku
sambil mendodoi dengan tiupan lunak
melalui rongga alam dengan merdu
kamu insan penuh kelebihan
jangan pernah merasa jemu
dengan setiap tingkahmu
walau langkah mu tertunduk
menyembah bumi terlangkup
terlentang melihat langit
berkata pula sang awan
sambil menutup suria memberi teduhan
menghalang cahaya yang membakar tubuhku
kamu manusia penuh kesempurnaan
sekali berdosa kamu bisa diampunkan
tadahkan tanganmu mohonlah keampunan
nescaya DIA tidak akan melupakan
selagi kamu punyai IMAN
merengkok jari jemariku
kesal seluruh hati kerana degilku
mengenggam tangan sendiri
memeluk tubuh sendiri
penuh kesal penuh rasa diri tidak berdaya
buat seorang pendosa
kalian hanya manusia biasa
usah berputus asa
sebaliknya teruslah berusaha
mencari kebaikan selagi esok masih ada
berseru tanah dipijak dihinjak
daripadaku kamu terjadi
kepadaku kamu akan kembali
jangan pernah sombog diri
kenanglah siapa sendiri
tahulah mengapa kamu berdiri
perlu singgah kmbali nanti>_<
ReplyDeletesalam buat farhana.
ReplyDeletesingah singha lah slalu yek! salam tahun baru lagi sekali! =)
nukilan ini amat baik dan cantik sekali susunan ayatnya. dan peringatan yang diberi perlu direnungi dan di hayati semua.
ReplyDeletesemoga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan ihsanNya.
tq tq
ReplyDeletesama kita hayati k! =)