aku masih tunggu kamu!
walau kamu diam
sediam alam tanpa angin
sediam alam tanpa hujan mahupun kemarau
aku masih nantikan jawapan kamu
walau kamu mengelakkan aku
sepertinya aku ini batu
tidak kelihatan di mata kamu
aku masih berharap kamu
mengerti betapa aku mementingkan kamu
memikirkan segala kemungkinan berkenaan kamu
meletakkan kamu di atas segala atas
dan aku pasti tidak marahkan kamu
andai jawapan kamu menyedihkan aku
andai hemburan kamu tidak menyenangkan aku
dan aku tetap bersedia untuk segalanya yang mungkin
kerna aku tak mahu
kamu bersedih kerana aku
=)
u will find a better gurl,not to worry..hehe..dun put so much hope wif things dat isnt 100% is urs..people can change and will change..time will tell u..=)
ReplyDelete