Saturday, May 14, 2011
cincin di jari manismu
bagai bertanam tebu ditepi bibir
semanis itu ucapanku hanya untukmu
semanis kau memandangku
semanis parasmu yang tidak pernah jemu buatku
cincin itu di jari manismu
kelihatan sempurna tanpa cacat tanpa cela
menaikkan seri diri buat aku selalu terpaku
hanya kerana cincin itu di jari manismu
sepertinya matahari memberi kehangatannya
itu perasaan aku bila adanya kau bersama
seperti itu aku merasakan kehadiranmu
bersama cincin itu dijari manismu
tapi kita sampai disini
bukan kerana aku membenci
bukan kerana kau punya kekurangan diri
tapi ketentuan dari-Nya menjarakkan kita
seperti manisnya kamu bersama cincin itu
begitulah rasaku hendaknya bersama kamu
tetapi aku tahu aku tidak harus seperti itu
untuk kebaikan kita untuk keredhaan kita
terima kasih adalah sesuatu yang aku perlu ucapkan
walau mungkin tidak semanis dulu
tapi aku ihklas dari dalam hati yang tulus
untuk kau tahu betapa aku
sangat merasai kepergian ini
jua meredhai keadaan ini
jangan diteruskan kesedihan kita
untuk masa depan kita jua
terima kasih untuk segalanya
aku masih ada dikala kau rasa
kau perlukan manusia untuk bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi Aiman... wahhhh dalam sungguh maksud nie... hihi still remember me? keep in touch and silah berjiwang-jiwang ye saya suke membaca hehehe
ReplyDeleteto pin petals, insyallah kalo ader masa yang mengizinkan, skang neyh kekakngan masa yang teramat hehehehe btw tq =)
ReplyDelete