Thursday, July 31, 2014

CERITA TENTANG KITA



















kita adalah watak utama dalam cerita kita
semua kita adalah watak utama kepada drama
filem
sketsa
atau apa saja dalam kehidupan kita

kita patut tahu perwatakan kita
patut mainkan watak kita sebagai kita
perlu bersyukur atas apa dan bagaimana watak kita
penentu jalan cerita pementasan dunia DIA

kita adalah watak utama
perjalanan hidup dalam landasan berteras agama
ilmu
adat
budaya
dan semua ketetapan DIA

kita jangan malu bila lakonkan perangai hodoh
kita jangan segan bila laku kesalahan dalam cerita kita
kita tidak perlu tunduk sembunyi muka
kerana kita adalah watak utama

semua kita adalah watak utama dalam cerita kita
dalam cerita aku, akulah watak utamanya..
dalam cerita dia, dialah watak utamanya...
dalam cerita kau, kaulah watak utamanya...
dalam cerita mereka, merekalah watak utamanya...

penulisan cerita kita pasti berbeza
watak yang berbeza dengan skrip yang berbeza
jalan cerita yang berbeza dengan suasana yang berbeza
dan pelakon pembantu yang berbeza

kita adalah watak utama dalam cerita kita
cerita kita sedih dari mula mungkin pengakhiran gembira
cerita kita suka mungkin ditutup tirai duka
kita adalah watak utama dalam cerita kita

jangan putus asa hanya kerana kita pelakon pembantu cerita dia
jangan malu kita hanya pelakon tambahan dalam cerita mereka
sebab
kita adalah watak utama dalam cerita kita


dan pastinya,
setiap kita punya cerita tentang kita

No comments:

Post a Comment

terima kasih