Wednesday, December 10, 2008

- Ku ingin bagai dendalion


No templo, originally uploaded by Juliana Fk.

bunga bunga dedalion menguning
ditiup angin dan terbang
bagai sekelompok lalang menerbangkan debunganya
satu demi satu
aku lihat ia berterbangan


sudah bersediakah debunga dedalion itu untuk bercambah?
sudah bersediakah debunga dedalion itu untuk bersendiri
membina kelompok yang lain?
sudah bersediakah debunga dedalion untuk menempuh dunia
yang tidak pernah ia bayangkan?
sudah bersediakah debunga dedalion itu meninggalkan
dan pergi untuk menghidupkan?


cahaya matahari tidak pernah jemu menemani
walau kadang kala dihalangi awan yang mendung cemburu
pancarannya tetap terkena pada semua
walau ianya kadangkala malap tidak bersemangat...

aku cemburu kan dedalion itu

berani pergi walau tidak tahu apa akan terjadi
aku cemburu kan dedalion itu
tetap berterbangan pergi untuk dedalion yang seterusnya
aku cemburu kan dedalion itu

dan,

aku juga akan berani
aku cemburu kan dedalion itu
dan aku tidak akan ditewas olehnya

malah aku lebih baik
aku akan menjadi lebih baik..
kerana aku telah bersedia
kerana aku telah perkuatkan diriku

dengan,
menempuhi dan menemui pelbagai karenah...
mempelajari dan meneladani pelbagai kisah..

7 comments:

  1. X sangka gak ko ni seorang yang puitis. Sbb nmpk ganaz jer... Ehh...Umor 20. Hmm... whatever...

    ReplyDelete
  2. Biler ceriter bunger dedalion teringat plak aku cerite doremon......hehehe

    ReplyDelete
  3. apa yang harus aku katakan? .. (aku malas nak bace .. sebab tu jiwang ..)

    wakakakkaaka! ;p

    ni satu jenis compliment ek .. ;p

    ReplyDelete
  4. kehidupan semua bernyawa termasuklah tumbuh tumbuhan..

    tapi akal yang membezakan..

    ReplyDelete
  5. salam lama saya tidak menjenguk blog saudara...satu penulisan yang bagus ni...saudara ni memang minat berpuisi ke?

    ReplyDelete
  6. aiman minat puisi?
    aku pun tak tau sejak bile aiman berkarya sebab di siap kutuk kwn2 die masa tgk puisi dulu..
    aleh2 die yg lebih2

    ReplyDelete

terima kasih