Sejuk hati merasa
Sesejuk air bersalju yang mengalir
Pabila mata melihat akan wujudnya gembira
Setenang air di kali
Kau bahagia melafazkan semuanya
Kata dari pandanganmu memberitahu aku
Betapa kau syukur melihat aku
Dan,
Ini amat menyenangkan aku
Tidak perlu gundah dalam tingkahku
Kerna ku tahu Ibu sayang aku
Perasaan ini sangat tenang
Terima kasih ibu kerana kasih dan sayangmu
Ini luahan
untuk aku menggambarkan
betapa aku gembira kerana diberikan
Ibu yang sebaikmu yang nyata tiada gantian
Kebaikanmu dari segala apa yang pernah aku rasakan
Monday, January 26, 2009
- Kau adalah HIdupku
Monday, January 19, 2009
- TIRED
Bagai daun yang meluruh rapuh
aku tidak pernah sadari
betapa hatiku tidak utuh
mudah dipecahkan oleh perlakuanmu..
Suria apa guna andai cahayanya
tidak lagi menghangatkan..
Bintang malam malap tidak bertenaga
seakan sama dengan perasaan ku
yang longlai, tidak bermaya..
Hurm..
Bagai benang dicakar ayam
kusut seluruh akal
alam tidak tersusun
bergelumang segala isinya
Begitulah rasa yang ada..
Penatkah aku?
Letihkah aku?
Lelahkah aku?
Mungkin juga ya..
Mungkin juga tidak..
Moga ini dibaca oleh mu
yang meneraju aku ke jalan yang tidak keruan
Jangan pergi dariku
Jangan jua kau datang padaku
Kerna aku tidak lagi mahu
Disakiti olehmu..
Mohon aku..Tolonglah..
Sunday, January 18, 2009
- Kau Pasti akan berjaya - Chariot of Victory (Rome - il Vittoriano)
Jangan bicara tentang kerisauan
kerna kau pasti akan risau
dan mati ditelan perasaan tidak tenteram
Jangan bicara tentang kegagalan
selagi kau tidak mencuba
meneroka perkara yang kau tidak pernah lakukan
Tapi berkatalah kepada diri
yang engkau sangat berani
mengadapi segala apa
dengan usaha sendiri
menjadi optimis
dengan pemikiran sendiri
Kejayaan akan datang
setelah kau sedar kau telah gagal
Kejayaan akan datang
setelah kau bangkit dan membuat perhitungan
Namun,
jangan kau lupa setelah berjaya
kerna lupa seakan memanggil kepada kegagalan.
Friday, January 16, 2009
- Biar putih tulang
Merah jiwa dengan darah yang berani
tusukan keris bukan untuk pertunjukan duniawi
tapi untuk menegakkan iktizam diri
hidup untuk bertuhankan DIA
jangan pernah gentar di gertak
bisa tumbang
bisa jatuh bergolekan..
Kita ini pintar berotak bersinar
tapi tertipu dengan mereka yang moksa lagi durjana
Mereka yang penuh pura durjana
pembohong yang selalu bicara dusta
biduan yang gila wanita berpacaran serata
korupsi yang mencinta jurang kefakiran
penglipur lara yang bicara sejarah kebohongan
atau si lupa diri yang mengaku dirinya Tuhan
Kuatkan azam terus berjuang
kenang ini sepanjang zaman
"Insan mana mungkin maha mencipta
insan itu manusia, terlalu biasa
rakyat jelata yang bekerja dan berdoa
tidak juga lepas dari berdosa"
Kita ini bangsa yang besar
teguhlah kita bersama sama,
teguhlah kita menetang durja
gaya tunggal menetang 'mereka'.
Thursday, January 15, 2009
- Masih lagi aku
Masih lagi aku,
Terduduk sendirian,
masihkah aku mencari?
Berdiri keseorangan,
masihkah aku mengenangkan..
Semua yang telah aku lalui...
Masih lagi aku,
meraba raba dengan fikiran yang sama?
mengodak, menyelongkar kotak kotak otak
yang sedar dalam tidak...
mendayu mendengar puisi indah..
namun bicaranya tentang melayu gundah..
merintih cuba fahami puisi sedih..
berkata tentang betapa kita semua tidak pernah letih..
dari menjatuhkan orang di sekeliling..
Masih lagi aku,
dengan rokok yang tak putus di tangan..
Aku sedih
Aku pedih
bila mereka tidak pernah berasa jerih
Aku pilu
Aku kaku
kerna mereka tidak pernah maafkan aku
Andai semua memang salahku..
Andai semua sememang tidak perlu aku..
Tolong pergi dariku
Biar aku sadar akan kesilapanku
Agar hati tidak dipalu oleh ku..
Masih lagi aku,
Aku manusia biasa
tidak terlepas dari berdosa
Aku insan sentiasa alpa
tegurlah aku bukan menghina
Masih lagi aku,
masih lagi aku...
masih lagi aku..
Friday, January 09, 2009
- Terima kasih lagi
aku tidak tahu lagi
kataku kelu
otakku beku
hatiku celaru
fikiranku bagai berkematu...
terpulanglah pada yang empunya diri
kamu boleh terus memberi
semoga dapat apa yang dicari
semoga puas rasa dihati
hurm...
aku tidak tahu lagi
dan,
satu lagi..
terima kasih kerna hadir
teruslah memberi dan memberi..
Friday, January 02, 2009
- Tuhan tetapkan Aku
Ya Al Ahad
Mohon Kau tetapkan aku yang sedang ingat padaMu
Mohon Kau tetapkan aku yang masih lagi takut akan dosaku
Ya Al Malik
Pintaku Kau kuatkan Aku
Pintaku Kau tetapkan aku
Pintaku jangan Kao letakkan aku ke tepi
Bersama mereka yang tidak kau kasihi.
Aku mohon kerna aku tahu aku banyak berdosa
Aku mohon kerna aku tahu aku insan tidak sempurna
Ampunkan aku atas dosaku
Tetapkan Imanku walau hanya sekecil bijian sawi
Aku mohon kepadamu Al Mutakabir.
Amin Ya Rabbal Alamin.