Sunday, February 08, 2009

- kata untukmu

langit bagai jatuh menimpa
begitulah beratnya rasa
jika pergi itu yang aku perlu

bagai tergigit lidah sendiri
bukan niatku untuk terus mengakali
tapi itu lumrah bila aku menyayangi
ku akui
tidak mudah juga untuk menerima
namun aku pasti lakukan juga
kerana kamu kini sangat gembira
bahagia yang tidak terkata

malam itu
kucekalkan hati
tidak pergi darimu
tidak mampu aku meninggalkanmu
ku jua ubahkan diri
tidak berkeras denganmu
kerana aku sangat memahamimu
kali ini aku yang akan dibelakangmu

fahamilah
aku terkejut perubahanmu
dan aku takut kehilanganmu
tidak tahu bagaimana aku
andai kau pergi dariku

terima kasih
jangan risaukan aku
aku akan seperti dulu
malah aku berikan kau masa
untuk bersamanya semahumu
semahu mahumu

ingat satu
aku sentiasa ada untukmu
bila kau perlu
bila kau jua tidak perlu

mohon aku
carilah aku
kerna itu akan buat aku
rasa kau perlu
dan menghargaiku

jaga dirimu.

5 comments:

  1. Aku sentiasa menghargai karyamu..hehehe..

    Terimakasih Aiman untuk coretan yang indah ini..Kak tirana suka baca..

    ReplyDelete
  2. salam
    to kak tirana

    time kasey sb slalu sokong n baca tulisan Aiman
    Aiman amat menghargai sokongan ini dan akan banyak lagi membaca untuk cantikkan lagi karya Aiman.

    salam kembali =)

    ReplyDelete
  3. salam to Pok Li

    terima kasih sb memahami setiap coretan y Aiman postkan he3x =)

    bukan na g maner maner, tp masa untuk lepaskan seseorang y Aiman tao dah matang n boleh membawa diri sendiri..ha3x

    p/s: rasa mcm anta ank pompuan kawin he3x =)

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu.. artistic gle.. menampakkan ketuaan mu wahai pakcik aeman..

    ReplyDelete

terima kasih