Sunday, November 09, 2008

-Tentang ayah dan anak















cengkerik dan unggas malam saling menyanyi
memanggil manggil antara satu dengan yang lain
bunyinya tidak keruan namun bagai satu melodi
menyanyikan lagu malam yang mengasyikkan

entah mengapa ayah amat sunyi malam ini
bagai ada sesuatu yang terbuku di hati
namun tidak pula diluahkan lagi..

anak mengambil sikap tidak peduli
masih bersama rakan yang datang mengunjungi
atau langsung tidak perasan ayah sendiri
hanya anak yang pasti dan mengerti

keluar sahaja mereka yang bukan saudara
ayah mula bersuara dan bertanya
bertanya anak, agak marah tapi masih ayah cuba bersahaja
mungkin tidak mahu riuh itu didengar sesiapa

namun anak jua tidak mengalah
menyalahkan ayah dan tidak mengaku salah
ayah jadi kelam dan mula kehilangan arah
melenting dan menaikkan nada menunjukkan marah

apa yang digaduhkan menjadi persoalan
tiada lagi sabar untuk ditahan
anak pergi tinggalkan ayah tanda melawan
ayah terpinga penuh kegeraman

riuh gempita tengking si ayah
marah dengan anak yang dulu di timang
kini melawan bagai dialah raja
tidak langsung tahu menghormatinya

siapa salah antara mereka?
ayah yang marah atau anak yang menderhaka?
mungkinkah ayah yang telah terlupa?
atau anak terlalu dimanja?

bila ditanya tanya kembali
anak yang salah kerana mengingkari
tapi ayah juga yang dulu tidak ambil peduli
namun bila terlanjur semua serba tidak menjadi

ayah, anak, harus saling memahami
ayah patut selalu dicontohi
anak pula jangan di biar sendiri
kerna anak mungkin lari dari landasan realiti

andai terjadi perkara begini
sabar dan bertenanglah cara terbaik
ayah jangan cepat melatah menyalahkan anak
ayah jangan mudah ikutkan rasa amarah

bertanyalah sebagai ayah mengambil berat
berlembutlah tanda ayah amat menyayangi

anak pula janganlah lupa diri
ayah sentiasa bersifat melindungi
berterus teranglah andai itu kesilapan diri
kerana ayah yang paling memahami

terimalah hukuman tanda keinsafan
sayanglah ayah yang sentiasa berkorban

9 comments:

  1. salam..

    terima kasih pada semua
    sila berikan tunjuk ajar
    kerna aiman budak baru belajar

    ;)

    ReplyDelete
  2. Very nice poem. Nasihat yang baik kepada ayah dan anak. Memang betul, ayah dan anak saling patut saling hormat menghormati. Keep writing!

    ReplyDelete
  3. bagus sekali....ayah x respect anak macamana anak nak respect ayah...teringat kes zaman Saidina Umar R.A, bagaimana seorang ayah dikatakan derhaka kepada anaknya kerana tidak tunaikan tanggungjawab sebagai ayah

    ReplyDelete
  4. Saya dah link blog saudara.

    ReplyDelete
  5. Wahai anakku,

    Kita semua ada tanggung jawab masing masing...laksanakanlah dengan bijak dan sebaik mungkin..InsyaAllah, selamatlah dunia dan akhirat.

    Salam.

    ReplyDelete
  6. teruskan usaha aiman..saling memahami penting untuk hubungan kekeluargaan..memahami sikap setiap ahli keluarga dan menghormati antara kita..saling melengkapi walau kekadang memang kita berbeza dengan yang lain..

    ReplyDelete
  7. bagus aiman...penulisan yang menyentuh hati..moga kita menjadi anak2 yang mengenang jasa ibu bapa

    ReplyDelete
  8. owh, memang syahdu bila teringat kat arwah ayah aku!

    ReplyDelete
  9. penuh dengan kepura-puraan
    argh..
    persetan la semua ni

    ReplyDelete

terima kasih