Wednesday, February 11, 2009

- Aku Ingin Hidup Kembali



Siang dan malam bagai serupa
langsung tiada beda tiada beza
gelap tanpa cahaya
terang tanpa kegelapan
ada bezakah semua ini?

dikala hati tersepit
dan masih tersepit sendiri

benak ini tidak keruan
celaru itu menjadi tuan
kosong lagi hampa
itu juga menjadi utama
kerana semua bagai tiada makna

di mana kosong itu sebenarnya
jangan ditanya aku
kerna aku tidak tahu
di mana aku
apa tujuanku
apa mahuku

biarlah masa menyembuhkan aku
mungkin akan jadi lebih baik
mungkin akan jadi yang sebalik

bila masanya usah ditanya
mungkin sekarang
tatkala matahari sedang terik
mungkin juga nanti
pabila mentari mati

namun aku ingin benar hidup kembali

6 comments:

  1. rilek rilek suda...ko tiru aku eh??

    ReplyDelete
  2. salam..
    maner der.. heh2x

    jgn mara r..gugugu

    ako kan adekk he3x

    ReplyDelete
  3. to dakjaat

    owh..adusss...ingat dapat tambah point td ha3x

    ReplyDelete
  4. hehehe..lame tak singgah..
    knpa tak cuba masuk prtandingan?
    try lar..

    ReplyDelete
  5. to farhana

    hahaha time kasey..
    blom ready lae, skang ngah banyakkan membaca..

    bz cket ngn kejer n study he3x

    btw tq =)

    ReplyDelete

terima kasih