Sunday, August 15, 2010

-langkah ke jalan DIA-



bagai mentari di tebing senja
merah kuning membara cahaya
senja semakin malap
pudar menjadi gelap
kelam dan senyap

mata ini kepenatan
namun masih bertahan
tampak tenang di pandangan
namun bersawang di fikiran
terfikir senja itu akan datang
membawa siang pergi
mempelawa malam mengganti

selama ini selalu menyesali diri
mengapa diuji sebegini
mengapa diduga sebegini

rupanya salah dalam mengerti
kerana lemah bila cuba memahami
kerana salah bila menghakimi
kerana terlalu menyalahkan takdir sendiri

sejenak terfikir
bila ada yang berkata
bila mereka membuka mata
bila mereka melakonkan cerita

rupanya kehidupan penuh simboliknya
tidak kurang juga hikmah dari DIA
tinggal lagi manusia
untuk terus mendalami ilmu dan pengalaman
dan kesyukuran yang tidak terhingga~

aku akan terus berjihad ke jalanNYA~

No comments:

Post a Comment

terima kasih