Wednesday, September 01, 2010

-ke2-

hari ini, hari yang gelap buat aku
segelap awan mendung yang menutup matahari
bersama air hitam yang dikandung
penuh najis nista dan rasa tidak percaya
lansung tiada kesucian
penuh dengan kotoran

itu semua semalam...

hari ini aku telan semua yang nista
untuk abaikan satu rasa bersalah dalam diri
untuk menenangkan hati yang gundah kerana leka
untuk tutupkan rasa kasihan dan kuncikan dalam balang hati

ini semua hari ini....

hari ini aku tahu akan sakit sekali lagi
sakit yang amat sangat kerana kedegilan sekeping hati
pedih dan perit kerana tidak berdaya menahan diri
berfikir apa akan terjadi kerna apa yang telah terjadi

ini semua hari esok...

bila ramadhan yang mulia ini pergi
aku akan kesali diri kerana lemah dan manja
memikirkan akan sempatkah aku menanti ramadhan yang seterusnya
menginsafi betapa lemah diri ini untuk memenuhi kehendak yang Esa
namun berharap masih lagi diberi kesempatan dan peluang kedua

ini semua salah aku kerana tidak tahu menghargai....
manakah cahaya hati yang boleh menerbangkan aku tinggi
agar aku sedia untuk pergi