Sunday, June 17, 2012

Lara Jalanan
















Jangan lihat aku
Jangan dekat dengan diri aku
Jangan dengar tentang aku
Aku kotor kerana fikiranku
Aku tidak elok kerana niatku
Aku merbahaya kerana sifatku
Aku tak ubah debu berterbangan
Aku datang diam tanpa siapa perasan
Aku lekap elok di permukaan
Sedar-sedar aku kotorkan seluruh kediaman
Aku tak mohon Tuhan jadikan begini
Aku berdoa saban hari agar aku dibersihkan
Aku berharap aku takkan disisihkan
Atas semua dosa aku
Aku mohon ampunkan aku
Jangan aku dibuang kerana silapku
Jangan aku dibenci kerana salahku
*kasihan mereka yang melarat di jalanan

Friday, June 15, 2012

Petir Biru

Waktu yang berdetik
Aku dengar bagai berbisik
Unggas malam berterbangan

Riuh hanya sang bayu yang menghembus
Renang dalam kepekatan awan malam
Membawa bersama kesejukan dan rasa tiada damai

Bak hampa di dalam buluh
Ruang itu membataskan Merimaskan

Mata terpejam hati bergolakan
Andai ku biar terbuka fikiran hilang arahnya
Merisaukan kasih dan sayang
Yang jauh dek laluan terhalang dek masa

Tuhan tolong lindunginya
Dengan sepenuhnya jiwa aku berdoa
Dengan rasa tiada daya ako meminta
Selamatkan mereka walau kemana tujunya
Beriku waktu untuk terus bersama mereka

Ingin aku bicara betapa aku sangat menyayangi
Ingin aku terus terap rasa kasih ini memayungi
Ingin aku bersama mereka selagi nyawa di diri

Untuk anak dan isteriku
Yang jauh tiada di sisiku....

Thursday, March 01, 2012

Perih Hati

lihat langit yang terang
namun seperti ada kegelapan
yang aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya
kadang aku berharap ada yang diluar sana melihat
betapa aku sengsara dengan semuanya
kadangnya aku berharap dunia ini hilang
agar aku tidak tersepit didalamnya

aku keletihan
dengan semua ujian
aku seperti tidak mampu lagi
terduduk sendiri dengan tangisan
tidak berair mata
dan yang pasti tiada siapa yang mengerti