Monday, February 16, 2015

aku tidak mahu kamu

terima kasih kerana kehadiranmu

ia mungkin tidak kelihatan seperti bayu
tapi dapat aku terasakan bila kau menyentuh lembut
ia mungkin tidak cerah seperti mentari
tp aku dapat juga rasakan kehangatan dalam kehadiranmu

engkau bukan yang pertama

aku bukan sehijau pucuk baru bertumbuh
aku juga bukanlah sekeras bambu yang tinggi melangit
aku cuma insan
sedang belajar tentang hidup
sedang belajar tentang bahagia
sedang belajar tentang rindu
dan hadirmu buat aku semakin tahu

walau kau tidak pernah merasakan kehadiranku
walau kau tidak pernah tahu betapa aku yang merasakan itu

aku tetap bahagia
aku tetap merasa bahangnya kehadiranmu

aku tidak mahu kamu menjadi milikku
aku tidak mahu memiliki kamu
aku tidak mahu memelukmu tanpa melepaskanmu

tapi
aku mahu kamu memiliki aku
aku mahu kamu tahu aku milikmu
aku mahu kamu bahagia memiliki aku
aku mahu kamu memelukku dan tidak melepaskan aku

terima kasih atas kehadiranmu

sungguh aku tidak mahu memiliki kamu
aku cuma mahu kamu memiliki aku



No comments:

Post a Comment

terima kasih