Thursday, February 12, 2015

salahnya

setiap pagi dari hari itu
aku berharap aku menerima seadanya kamu
aku berharap kamu tiada dalam diari kehidupan aku
aku berharap kamu hanya embun yang menitis sejuk
tatkala aku keluar malam tanpa haluan semata-mata

setiap hari dari hari itu
sebetulnya aku tidak pernah terlupa akan kamu
dalam aku memohon tidak mahukan apa-apa dari kamu
sebetulnya aku menaruh sedikit harapan dari hari-harimu

dalam itu aku sentiasa ketakutan
jalan sebelum ini aku lalui akan jadi tidak sama lagi
jalan yang dulu berliku ke kiri
mungkinkah akan menjadi lurus tanpa apa-apa duri
mungkinkah akan menghala ke kanan
dengan tanah dan debu yang akan buat kabur dan pedih

bukan ini kemahuan aku
bukan ini kerelaan aku

tapi anugerah DIA mana mungkin aku mampu
menolak dan menghalang dari terwujud
jauh di dalam sana
di lubuk hati yang aku pasak dalam-dalam
lebih dalam dari apa yang aku tahu

kamu dari dulu bertapa di situ
kamu dari dulu terukir di situ

dan dari hari itu
kamu terwujud kembali di dasar terbawah dalam hatiku
tanpa aku mahu dalam relaku

aku tak mahu kamu pergi
tapi bukan bermakna aku mahu kamu terus di situ

aku bingung apa mahuku

apa yang pasti
jangan pergi dari hidupku
walau aku tiada dalam hidupmu


No comments:

Post a Comment

terima kasih