Thursday, March 26, 2009

- Hitam Dan Putih



Indahnya pelangi yang muncul
menghiasi dada langit terbentang
terbit bagai memberi harapan
bersama cahaya mentari
selepas hujan yang menyejukkan

Warnanya tidak pernah sekata
namun punya pelbagai tona
juga jadi seribu makna

Terpulang pada siapa yang memandangnya

Berjuta rasa telah dilontar padanya
marah, benci, sayang, jua segala rasa
pelangi dengar tiada berkata
dan pergi bila tiba masanya

Pelangi kan datang lagi
walau beribu kali disayangi
walau beribu kali dimarahi
asalkan ada hujan juga mentari
kerna itulah setia pelangi

Cantik kerana warnanya
Indah kerana perasaannya

Pelangi
Aku mungkinkah seperti pelangi
Ingin datang dan disayangi
Ingin pergi dan dipanggil lagi
Ingin benar hadir memberi seri

Pelangi...
Aku benci kau
Kerna kau aspirasi
Yang tak mungkin aku ekspressi..

1 comment:

  1. singkirkan sifat benci kerna itu umpama batu penghalang utk kita,tapi cbe untuk mempelajari,mencontohi..walaupun bukan sepenuhnya dapat diikuti,tapi,serba sedikit pasti akan kita zahirkan dalam diri n kehidupan..=)..p/s: macm tak kene jek bm aku neyh..huhuhu..rosak..;p

    ReplyDelete

terima kasih