Tuesday, April 14, 2009

- Mengharap Kan NYA



Pagi lagi ayam sudah bangkit
Memanggil makhluk lain untuk bersama

Mungkin bangkit menghadapNYA
Mungkin bangkit lantas berdoa
Mungkin bangkit mencari rezeki dunia
Mungkin bangkit untuk terus terlupa
Mungkin bangkit untuk terus berdosa

Siapa tahu niat manusia
Pabila bangun dari mati kecilnya
Pelbagai rasa dan idea mencurah keluar
Sendiri sahaja yang tahu apa isinya
Namun takkan terlepas pandang olehNYA

Aku jua begitu
Terhuyung hayang dengan ilhamku
Tersepak tersandung dengan akalku
Tiada yakin dengan niatku
Mustahil kesempurnaan itu wujud padaku

Mujur aku masih punya waktu
Untuk sedar apa salahku
Untuk menghisab kembali silapku
Untuk muhasabah diri yang terkaku
Dengan niatku yang satu..

Aku ingin bersamamu Ya ALLAH
Aku ingin lakukan semua keranaMU
Izinkan aku Ikhlas untukMU
Kerana aku tahu
Dunia ini sementara bagiku....

2 comments:

  1. Kita terkadang lebih lemah dari ayam

    ReplyDelete
  2. salam to Pok Li

    terima kasih sebab ta busan membaca diari puisi di sini he3x

    dan terkadang kiter terlalu lemah dari segala ciptaan tuhan iteww..gugugu

    salam kembali

    ReplyDelete

terima kasih