Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

- Teater Manusia



Kisah bermula sejak dunia terwujud
Manusia yang tamak dan terlupa
Mementaskan diri di hadapan yang ESA
Menunjukkan rakusnya nafsu
Melakonkan watak yang haloba dengan keinginan

Mentari dan bulan menyaksikan semua
Siang dan malam kadang kadang malu melihatnya
Pelbagai kisah pelbagai cerita
Tentang manusia yang tamak dan terlupa

Bila anak menderhaka kerana fikiran tidak sehala
Bila ayah memboneka anaknya kerna nafsu yang tidak berkepala
Bila suami menghentak isteri yang tidak berdosa
Bila isteri mencari yang lain kerana terhasut puaka
BIla manusia memusnahkan dunia tanpa batasannya
Bila manusia lupa dari mana ia tercipta

Datanglah taufan sebagai ingatan
Datanglah petir sebagai hukuman
Datanglah murka dari tuhan

Namun manusia tetap manusia
Tidak lupa untuk terlupa
Tidak pernah sedar untuk sedar
Tidak pernah rasa berdosa atas dosanya

Selagi masih ada masa
Selagi masih ada saatnya

Bangkitlah
Sedarlah
Bangunlah

Pintu taubat itu mungkin masih terbuka
Pintu kemaafan dari tuhan mungkin masih untuk semua manusia

Jangan pergi lagi jauh lagi....
Akhiri cerita manusia di dunia dengan
Pengakhiran yang indah lagi tidak berdosa

Ini untuk aku jua...

Tuesday, April 14, 2009

- Mengharap Kan NYA



Pagi lagi ayam sudah bangkit
Memanggil makhluk lain untuk bersama

Mungkin bangkit menghadapNYA
Mungkin bangkit lantas berdoa
Mungkin bangkit mencari rezeki dunia
Mungkin bangkit untuk terus terlupa
Mungkin bangkit untuk terus berdosa

Siapa tahu niat manusia
Pabila bangun dari mati kecilnya
Pelbagai rasa dan idea mencurah keluar
Sendiri sahaja yang tahu apa isinya
Namun takkan terlepas pandang olehNYA

Aku jua begitu
Terhuyung hayang dengan ilhamku
Tersepak tersandung dengan akalku
Tiada yakin dengan niatku
Mustahil kesempurnaan itu wujud padaku

Mujur aku masih punya waktu
Untuk sedar apa salahku
Untuk menghisab kembali silapku
Untuk muhasabah diri yang terkaku
Dengan niatku yang satu..

Aku ingin bersamamu Ya ALLAH
Aku ingin lakukan semua keranaMU
Izinkan aku Ikhlas untukMU
Kerana aku tahu
Dunia ini sementara bagiku....