kamu menyejukkan rasa perihku
kamu membatukan api kemarahanku
kamu membuatkan aku terkaku
mengenangkan kamu
sesempurna langit yang tiada carik
tiada bocor tiada lubang tiada tiang
tiada perlu aku perbetul
begitu aku sangat hargai kamu
begitu aku sangat meninggikanmu
biar panas sang mentari
senyum kau membirukan pandangan
menyamankan lagi menyejukkan
biar sejuk hujan menyimbah
tawamu menghangatkan
sentuhmu memberi keselesaan
aku amat ingin kamu
aku mahu kamu
aku perlu kamu
namun aku tidak akan memaksamu
biar apa kata mu
aku pasrah hanya untuk kamu
aku sudah mendapat yang terbaik
dengan melihat senyummu
SALAM,,,
ReplyDeletemacam lagu faizal tahir je..huhu
kita pasti ada seseorg yang bisamlmbutkan hati menenangkan perasaan di kala rasa susah..tapi jika tiada,Allah ada untuk kita selama2nya dalam apa jua sekalipun
Sentiasalah ingat kepada pencipta "langit yang tiada carik tiada bocor tiada lubang dan tiada tiang" itu.
ReplyDeleteT.kasih yang tidak terhingga juga kerana menjadi follower pertama blog saya "pu.e.c. orang x re.t." itu. Agak lucu juga kerana blog itu hanya mula di bangunkan hari ini. Cuma baru ada nama sahaja dan saya sedang mencari dan mengumpul isinya. Nampaknya saya harus bersegera mengisinya. Yang pastinya, isinya nanti tidak sehebat puisi sdr. Nama blognya pun puisi orang tak reti!
to farhana
ReplyDeletesalam
lama ta dengar kabar yer..
tp thanks sb sudi singgah lae..=)
to al-lavendari
ReplyDeletesalam
mana encik tidak pandai..
cantik ayat y encik da susunkan tu..
aiman masey blajar..
dan hanya luah apa y dirasa ajer..
terima kaseh sud menyinggah
salam kembali
lama juga tidak menjengok salam merdeka dan salam ramadhan
ReplyDeletesalam to Pok Li
ReplyDeleteyeah...da lamer Pok Li ta menjenguk kemari...
salam juga buat Pok Li sekeluarga..
(raser cam ader famili lam dunia maya neyh hahaha)