Friday, August 07, 2009

- masa itu

hadirmu sementara
memadamkan satu luka
namun melukakan pada akhirnya

pergimu selamanya
dekat dan nyata di mata
namun tidak wujud di jiwa
hanya rasa yang ada
bukan kasih
bukan setia

aku tidak relakan
pergimu
atau datangmu

aku pasrahkan
putaran itu
warna yang menyerlah
kasih yang tak berubah
kerana itulah cara aku
terima kasih untuk sedetik masa
yang kau pernah berikan padaku
masa itu
sangat bahagia
buatku

2 comments:

  1. Lama tak masuk blog aiman ni...Sihat ke dik?

    ReplyDelete
  2. salam to kak tirana

    tq sb sudi singgah ag kat blog neyh..
    aiman sihat so far..bz jer sikit
    (banyak) ha3x
    wish akak sihat k =)

    ReplyDelete

terima kasih