tika wajah suria tidak lagi terlihat
aku memacu kelajuan mengejar keinginan
kubelah angin yang lembut menyapa
kutinggal bayang yang penat mengekor
kegelapan lari melihat aku
datang membawa seribu senyum
untuk memberi seribu satu kegembiraan
pada kau yang aku puja
pada kau yang aku sangat damba
dalam keghairahan
aku ikut peta fikiranmu
menunggu penuh sabar kelibatmu
meninggalkan segala urusan pentingku
demi satu
demi kemahuan bersama kamu
dari hanya satu kemahuan
untuk memberi kau kegembiraan
kau ikut aku ke satu tujuan
aku bisa buat kau gembira
aku bisa ikut segala ingin yang kau ada
membuat aku juga sangat teruja
namun kau patahkan asmara gembiraku
kau bantutkan segala hasratku
saat aku hanyut dalam kelemasanmu
saat aku luput dari dunia
yang aku sangka tiada gembira
rupanya
dunia ini tetap sama
meninggalkan aku tanpa sepatah bicara
melupakan aku yang juga sebahagian dari isinya
atau
mungkinkah aku sebenarnya terlupa
walau berkali kau ingatkan
walau berkali kau ucapkan
aku tidak akan memilki kebahagian
akutidak akan dapat memeluk kemesraan
juga rasa hangat kegembiraan
entah sampai bila
aku akan kedinginan
tanpa pelukan yang aku idamkan
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor ...!
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeletebetol kate encik itu...
tp =(
hanya sekumtum bunga kat taman y istimewa
lain dari y laen..
hanya seekor kumbang bertaburan, berbeza dari semua kumbang y ader atas dunia neyh
huarghhhhhhhhhh hahahaha
=)
well..it just a poem kan...
hehehehe
kadang2 kite rase sesuatu tu terbaik tu kite,dan kite teruskan & gagal,kerana Allah yg Maha mengetahui ape yang terbaik untuk kite kan...so jgn give up..
ReplyDeletewah..pandai pulak atacha nasihatkan org... :-)
wah sangat pandai atacha menasihatkan orang hahahaa
ReplyDeleteyup! btol tuh
y penting jangan putus asa kan?
hurm...tq atas nasehat itu yer...hehehe