Thursday, June 10, 2010

-bermohon-

memandang langit gelap
terasa diri terkurung
antara masa dan dosa
yang selama ini membendung
akal dan kejahilan

menitis air mata
berderai bagai gerimis pagi
memikirkan kesalahan
yang selamai ini membebani

ku memohon ampun
janganlah di lontar jauh
cahaya itu

terkadang tersandung
kerana diselubungi malap suasana
dan kelamnya iman yang tiada

bertanya pada diri
apakah kesudahan ini
bermohon pada DIA
moga masih ada ruang

Tuesday, June 08, 2010

-aku dan kamu III

aku masih tunggu kamu!

walau kamu diam
sediam alam tanpa angin
sediam alam tanpa hujan mahupun kemarau

aku masih nantikan jawapan kamu
walau kamu mengelakkan aku
sepertinya aku ini batu
tidak kelihatan di mata kamu

aku masih berharap kamu
mengerti betapa aku mementingkan kamu
memikirkan segala kemungkinan berkenaan kamu
meletakkan kamu di atas segala atas

dan aku pasti tidak marahkan kamu
andai jawapan kamu menyedihkan aku
andai hemburan kamu tidak menyenangkan aku
dan aku tetap bersedia untuk segalanya yang mungkin

kerna aku tak mahu
kamu bersedih kerana aku
=)

Wednesday, June 02, 2010

- kehabisan waktu -

bertanya hatiku pada diri sendiri
bilakah waktu nya akan sampai padaku
waktu dan tika aku akan sempurna
sebagai mana mereka yang telah berjaya
menyempurnakan kehidupan mereka

di angin lalu
ku bertanya sendirian
tiada pernah henti ku bertanyakan


sampai masa dan ketika
yang aku sendiri tidak pernah tahu
dan sentiasa termanggu manggu
menuggu kah hasil yang aku perlu

panas pun ada sejuknya
siang pun ada malamnya
tapi aku...

bukalah jalan ke pintu yang diredhai
aku tidak mahu lagi begini

maafkan aku~