Thursday, February 19, 2009

- Kami MenDENGAR, Kami MeLIHAT, Kamu Tidak BUAT




Sunyi suasana bila melihat
Langit tenang tanpa awan yang gelap
Pohon nyiur melambai memanggil semua
Datanglah kita berteduh dan bersyukur
Berfikir segala yang telah berlaku
Bermuhasabah diri dengan segala kejadian

Telingar mendengar bila malam
Mata meihat bila siang
Hati menetapkan sebuah keputusan
Dengan akal sebagai panduan

Benarkah semua keputusan yang melihat?
Tepatkah apa yang telah ditetapkan?

Manusia mencanangkan kehebatan
Memanggil manusia lain untuk mendengar
Menyembunyikan apa yang telah dilakukan
Demi kehebatan yang ingin dipersembahkan

Untuk apa diperlakukan begitu?
Berterus teranglah agar kami percaya
Kau buatlah apa yang kau kata
Kau fikirlah untuk kebaikan semua

Wahai mereka yang ingin memimpin
Terpulanglah untuk menganggap kami ini apa
Namun kami semua mendengar
Kami juga melihat
Dan kami bicarakan apa yang kamu lakukan

Kami mahu pemimpin kami benar benar kuat
Mampu memimpin kami ke jalan yang sebenarnya
Mampu membantu kami untuk terus berjaya
Mampu melakukan kebaikan untuk kami semua

Kami boleh lupakan kesalahan kamu dikala dulu
Kami boleh memaafkan kamu kerana kesalahan kamu

Tapi kami juga takut kamu lakukan lagi
Kesalahan seumpama begini

Jadi kami sudah semakin kelam
Untuk percaya apa yang kami dengar
Untuk yakin apa yang kami lihat

Kini kami,
Hanya mahu memikirkan
Apa yang sebetulnya...
Dan, kami yang akan membuat keputusan.

6 comments:

  1. Tunggu lagi pilihanraya. Samada kita mebuat pilihan betul atau salah. Demokrasi sistem yang betul untuk memilih pemimpin. Tetapi bukan sistem memilih pemimpin yang betul. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha setuju bangat dengan Pok Li

    skang penat dengan isu macam neyh...

    na salahkan pemimpin y naek..kita y pilih hahaha

    salam buat Pok Li sekeluarga
    (bersama kucing2x Pok Li y maseh hidop)

    ReplyDelete
  3. Dalam politik Malaysia ni banyak tipu helah. Kerana berebut jawatan dan pangkat, pemimpin sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa berjanji yang bukan2. Nak tepati janji tu belum tentu..biar menang dulu..soal janji fikir kemudian.

    ReplyDelete
  4. salam to kak tirana

    ini pon tableyh na nafi lae..
    tp bukan perkara lama bukan juga perkara baru..
    yang lama aialah cara berjanji tp ta tepati
    yang baru ialah buat janji macam tahi (lebih dasyat berbanding dulu-semua janji baru).

    hehehe...menyebabakan ketakutan yang amat sangat untuk belajar politik di tempat belajar..

    ha3x =)

    ReplyDelete

terima kasih