Friday, October 31, 2014

harimu




awan gelap menutup langit semalam
membasahkan bumi tuhan terbentang
memberiku kedinginan kebasahan

rasa yang kurasa
seperti tidak terasa
kerana tumpu aku kala ini
kasih selendang yang kau lebarkan
rindu semerbak yang kau hadiahkan

hari ini indah bagiku
hari ini tiada gundah di benakku
hari ini hari ulang tahun kelahiranmu
selamat ulang tahun kelahiran sayangku

tiada hadiah lebih istimewa dari hadirmu
senyum tawa mu mentari dalam hidupku
gelak mesramu bidadari di hatiku

ucapan terindah buat kasih dan cinta
Selamat ulang tahun kelahiran
semoga kau terus menjadi cahaya
menemani hari hariku

selamat ulang tahun kelahiran kasih
biar cinta menemani hidupmu
semoga kau terus dalam kasih dan sayang

Friday, August 08, 2014

lukisan

hati ini
sepertinya mati
tidak lagi bisa mendengar melihat
tidak tahu betapa indahnya dunia
dengan kamu bersama

rasa ini
bagai selalu berbagi
tentang rasa yang tak dapat difahami
tak dapat di miliki dan dirasai

di manakah sebenarnya cinta
yang menjadi rebutan manusia
adakah semua ini hanya ilusi yang tercipta
bila hati tidak pernah diluka...

hidup ini
adakah seperti mimpi
yang dijanji dengan duniawi
tapi sebenarnya hanyalah sebuah takdir yang dihadapi

tiada berhak menentukan sendiri
hanya memain watak  yang tersembunyi
makna dan erti bagi sebuah
kehidupan yang kita tidak akan pernah tahu...

sehinggalah kita pergi selamanya
menjadi sejarah
atau mungkin terus dilupakan...


Thursday, July 31, 2014

CERITA TENTANG KITA



















kita adalah watak utama dalam cerita kita
semua kita adalah watak utama kepada drama
filem
sketsa
atau apa saja dalam kehidupan kita

kita patut tahu perwatakan kita
patut mainkan watak kita sebagai kita
perlu bersyukur atas apa dan bagaimana watak kita
penentu jalan cerita pementasan dunia DIA

kita adalah watak utama
perjalanan hidup dalam landasan berteras agama
ilmu
adat
budaya
dan semua ketetapan DIA

kita jangan malu bila lakonkan perangai hodoh
kita jangan segan bila laku kesalahan dalam cerita kita
kita tidak perlu tunduk sembunyi muka
kerana kita adalah watak utama

semua kita adalah watak utama dalam cerita kita
dalam cerita aku, akulah watak utamanya..
dalam cerita dia, dialah watak utamanya...
dalam cerita kau, kaulah watak utamanya...
dalam cerita mereka, merekalah watak utamanya...

penulisan cerita kita pasti berbeza
watak yang berbeza dengan skrip yang berbeza
jalan cerita yang berbeza dengan suasana yang berbeza
dan pelakon pembantu yang berbeza

kita adalah watak utama dalam cerita kita
cerita kita sedih dari mula mungkin pengakhiran gembira
cerita kita suka mungkin ditutup tirai duka
kita adalah watak utama dalam cerita kita

jangan putus asa hanya kerana kita pelakon pembantu cerita dia
jangan malu kita hanya pelakon tambahan dalam cerita mereka
sebab
kita adalah watak utama dalam cerita kita


dan pastinya,
setiap kita punya cerita tentang kita

Tuesday, April 22, 2014

YA ALLAH...

AKO RINDU AKO YANG DULU....

Olahan



Kilau mata hitam perang ini seperti berair
Dengan wajah tertunduk memandang bumi
Dengan hati berkaca serpih pilu bersendiri
Nampak jernih tapi boleh melukakan jemari yang cuba mengutipnya

Sebak sudah lama menjadi rakan setia
Meneman rasa yang terbuku kerana ujian yang berat terpikul
Menjadi penguat kepada diri kadang kalanya
Membikin diri rasa sekecilnya makhluk kadang kalanya
Semua kerana rasa tidak berdaya

Ketawa adalah rakan karib
Yang selalu hadir untuk menyembunyikan pilu di dalam
Mungkin juga hipokrasi
Mungkin juga topeng indah berwarna warni
Yang terpakai sejak dulu lagi

Sesal bukan perkataan yang baik untuk diluahkan
Tapi tak tahu apa pula perkataan lain yang lebih sempurna untuk diguna

Hanya DIA yang tahu
Maha Tahu segala galanya

Wednesday, March 19, 2014

lompang

tersudut jauh ke dalam sana
satu rasa yang tidak berdaya

aku sudah cukup dewasa sendiri
takkan aku sedih jika sendiri
cuma aku bimbang aku mungkin sendiri
sakit merindui

terpampang jelas oleh semua di mata
ku ketawa dalam sedar dengan air jernih di mata
tanda betapa aku dalam suka tiada berduka
tapi itu rasa hanya aku yang tahu semata

aku memang sudah cukup besar sendiri
aku tak pernah takut ditinggal sendiri
takkan aku mati hanya kerana sendiri
cuma aku bimbang aku mungkin sendiri dilamar merindui..