Tuesday, December 30, 2008

- Guitar lesson (This Guitar)


This Guitar, originally uploaded by Little Miss Sunshine..

A

kord c...
Kord g...
kord d...

betulkan petikanmu
tekan dengan sepenuh hatimu
kau akan dengar bunyi yang nyaring dan merdu
bunyi yang datang dari gitar pertamamu
gitar yang jadi penghibur hatiku..

petik kord c...

petik kord g...

petik kord d...

owh kini kau sudah dapat menarikku

dengan muzik gitar yang aku ajarkan

kini cuba lagi kord itu..

agar kau dapat biasakan

petik kord c...

petik kord g...

petik kord d...

AKU

owh...

terima kasih,

inilah rasa terima kasihku

padamu yang mengajar aku

bermain dan menyanyi lagu

terima kasih lagi dariku

A

petik kord c...

petik kord g...

petik kord d..

kini aku ajarkan kord yang baru

semoga kau dapat memahami sentuhan muzikku

takkan ku putus asa dalam duniaku

kerana ini juga yang kurasa

waktu mula bermain gitar dahulu

AKU

Terima kasih atas ajaranmu

aku bersedia untk kord yang baru

tolong ajarkan aku

akan aku tawan dunia muzik

dengan muzik ajaranmu

Wednesday, December 24, 2008

- "you've got a friend"


"you've got a friend", originally uploaded by woolloomooloo.

Panas tidak lagi dirasa bahangnya
Matahari yang terik terang
Bagai tiada memberi perasaan
Mungkin gundah ini lebih terasa berbanding itu
Mungkin jua fikiran yang dilayang jauh ini
Menghilangkan segala perasaan


Awan pula merayau rayau tanpa haluan
Hanya mengikut angin yang membuai
Dibawa jua perasaan ini bersamanya
Dan berapungan tanpa batasan

Aku tidak tahu apa salahku lagi

Jari jemari ini bergetaran tanda gundahku
Ini jeritan akalku jeritan rasaku jeritan mindaku

Aku mahu tahu apa lagi salahku
Kedatangan ini hanya sekadar melebar sayap
Mahu kenalan lebih ramai
Mahu sahabat yang lebih baik
Tiada maksud lain disebalik




Namun,
Bagai pohon berayun kencang dek taufan
Kau fikir aku sebaliknya
Aku benar ikhlas dalam kedatanganku
Maaf andai ia membawa maksud yang seribu
Maaf jua aku tidak seperti yang kau anggapkan

Kerna aku manusia
Aku lahir dengan rasa
Aku lahir dengan nafsu
Aku lahir dengan akalku

Apa apapun,
Terima kasih kerna kau banyak berbakti
Terima kasih kerna kau banyak membantu
Terima kasih kerna kau pernah menerimaku

Bukan niat untuk pergi
Tapi andai ini yang kau rasa perlu
Tidak keberatan bagiku
Sebagai tanda terima kasihku

Namun aku
masih tetap seperti dahulu
Menyayangi dan akan membantunmu
Andai suatu hari nanti
itu yang kau perlu..

Thursday, December 18, 2008

- IQRA' Demi masa


Ya Allah, originally uploaded by terennumm.

Masa..

pasti datang suatu hari
pabila bibir dikunci
tutup litup
takkan ada lagi kata kata

pasti tiba suatu masa
pabila suara tiada dari mulut
bicara bukan dari lidah

maka berkatalah tangan
perkara apa yang dilakukan

berkatalah kaki
mana dia melangkah
membawa tubuh berkelana

tidak tahu
bila hari nya
tidak tahu
bila tiba nya
tanggungjawab di kira kira
perlakuan di timbang tara

Al-Quddus

kedua tangan kami
kedua kaki kami
bicara mulut kami
pandangan mata hati kami

luruskan lah
agar terus ke jalan cahaya
perbetulkan lah
agar kena pada tempatnya

di jalan sinar sempurna
mohon keampunan

kepada kami
hambaNYA yang hina..

Sunday, December 14, 2008

- Hari ini akuduniaku-aiman....

tatkala mentari hari ini pergi bersama siang
bintang dan malam bersatu menjadikan alam ini kelam
semua yang ada meraba raba dalam kegelapan
dan, kesejukan turut bekejaran bersama bayu malam
mengigilkan tubuh yang berlengging tanpa balutan..

aku masih lagi dalam kepenatan
jasad ku ini aku rebahkan sambil aku manjakan
banyak lagi hari hari yang perlu aku tempuhi bersama jasadku ini
selagi ia masih bersatu dengan nyawa yang dikurniakan tuhan

banyak yang baru aku pelajari hari ini
banyak juga perkara yang aku tak pasti selama ini
seseorang yang aku tidak kenali bijak benar bermain psikologi
menempatkan fikiranku di suatu tempat yang baru
dan menjadi lebih redha, ikhlas serta positif

malam dingin..
mujur jua ada bulan
dapat jua serikan malam ini dengan cahayanya yang suram
walau ia tidak dapat menerangkan,
walaupun ia tidak dapat memanaskan,
ia tetap dapat menghasilkan bayang
juga menunjukkan jalan..

hurm..
ada masanya aku masih lagi dengan perasaanku
yang sejak semalam bergelora masih lagi terumbang ambing
mencari sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui
hanya tenang sebentar
tika tadi aku bagai terpaku
terfikir tentang aku dan duniaku

fikiranku...
rupanya apa yang aku cari selama ini
tidak patut dicari aku..
rupanya aku bazirkan masaku selama ini
memikirkan sesuatu yang tidak perlu aku fikirkan..

hurm..
inikah kesedaran sejenak yang selalu pergi??
hanya mendatangkan kesedaran sepintas lalu??

atau aku yang tidak tahu menghargai??
anugerah tuhan yang sedang menyedarkan aku
tentang kesilapanku?

bukan aku kecundang kali ini..
aku belum kecundang hari ini..
cuma aku hampir terlanjur lagi..
mujur ada petunjuk dari Ilahi...

SYUKUR padaMU
wahai tuhanku..

Wednesday, December 10, 2008

- Ku ingin bagai dendalion


No templo, originally uploaded by Juliana Fk.

bunga bunga dedalion menguning
ditiup angin dan terbang
bagai sekelompok lalang menerbangkan debunganya
satu demi satu
aku lihat ia berterbangan


sudah bersediakah debunga dedalion itu untuk bercambah?
sudah bersediakah debunga dedalion itu untuk bersendiri
membina kelompok yang lain?
sudah bersediakah debunga dedalion untuk menempuh dunia
yang tidak pernah ia bayangkan?
sudah bersediakah debunga dedalion itu meninggalkan
dan pergi untuk menghidupkan?


cahaya matahari tidak pernah jemu menemani
walau kadang kala dihalangi awan yang mendung cemburu
pancarannya tetap terkena pada semua
walau ianya kadangkala malap tidak bersemangat...

aku cemburu kan dedalion itu

berani pergi walau tidak tahu apa akan terjadi
aku cemburu kan dedalion itu
tetap berterbangan pergi untuk dedalion yang seterusnya
aku cemburu kan dedalion itu

dan,

aku juga akan berani
aku cemburu kan dedalion itu
dan aku tidak akan ditewas olehnya

malah aku lebih baik
aku akan menjadi lebih baik..
kerana aku telah bersedia
kerana aku telah perkuatkan diriku

dengan,
menempuhi dan menemui pelbagai karenah...
mempelajari dan meneladani pelbagai kisah..

Thursday, December 04, 2008

- Aku Takut





siang datang bersama cahaya
namun pandanganku kelabu
siang ku tidak lagi panas membara
kerana aku terkurung di dalam sangkar itu..


malam pergi membawa kegelapan
ini yang aku sentiasa rasakan
kehidupan bagaikan bergelombang
dipukul ombak yang tidak kelihatan
aku terdampar dalam kesedaran..


terkejar kejar
berlari tidak tahu entah ke mana
kini hanya kaki menjadi raja
langkah tidak bertujuan menjadi ikutan
membawa pergi minda dan jasad
pergi entah ke mana
dalam kewujudan....


takut
aku takut
mereka semua menakutkan
mereka jua selalu menakutkan aku
mereka jua sering meletakkan aku dalam ketakutan


bukan maut yang mereka bawa
bukan maut jua yang aku takutkan
mereka minta aku berdiri di depan mereka
mereka mohon aku berbicara di depan mereka


dan ini amat menakutkan
aku yang sentiasa dengan duniaku
kini bagai ke dunia baru..


bicara tentang sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
bicara tentang diri yang sangat kecil di luar dunia
bicara tentang perkara yang perlu jadi ikutan semua
bicara tentang kebaikan dalam dunia


aku masih takut
aku masih kaku
aku masih lagi mencuba
untuk menerima mereka
aku tahu,
ajaran mereka aku perlukan
pengalaman mereka aku utamakan

jangan letak aku di kesampingan
hanya kerana aku ketakutan..

cepat perlahan pasti akan aku usahakan
mungkin lambat mungkin jua tidak kelihatan
tapi aku sedang merangkak berjalan
untuk sama seperti kalian..


mungkin lambat mungkin jua tidak kelihatan..
kerana aku masih lagi dalam ketakutan...

Monday, December 01, 2008

- Hari ini 30 Nov 2008



Hari ini 30 Nov 2008


Malam semakin tenggelam ditelan kegelapan
waktu berlari lari meninggalkan aku
Tak dapat aku tangkapkan ia
untuk kekal bersama aku
maka ku biarkan ia terus berlari
pergi..


Pagi semakin datang mendekat
menandakan malam semakin pergi
menandakan jua hari ini sudah menjadi semalam
dan, esok adalah hari ini


mundar mandir sendirian
tak tahu hala tuju bagai lalang
kehulu kehilir ditiup angin


wajah yang tidak bermaya
riak pula tidak menggambarkan apa apa
masih menunggu sesuatu dari mereka
namun masih jua tidak mendapat apa apa
kepingingan....


Hanya ucapan sebagai ingatan
dan ingatan sebagai tanda diri dikenang...


mereka terlupa agaknya...


ini teriakan perasaan
ini gelora jiwa


hari ini hari lahirku..


seperti biasa aku sendirian
bersama dua biji epal merah
hadiah dari diriku sendiri


aku

aku ucapkan selamat hari lahir..

moga aku semakin tabah

selamat hari lahir yang ke-26..