Tuesday, June 30, 2009

- satu

bentak bengis marah
meraung kuat melepas rasa
disiat siat hati biar lunyai
biar tidak punya sebarang rasa

pandang mata lihat bukan padanya
ludah langit sendiri yang kan basah
tapi perhati pada budi pekertinya
dan berhati hati tidak sendiri terkena

apa beza melayu india cina
semua kan satu malaysia
terpukul paha kanan
mustahil tak terasa paha kiri
acuh mata kanan
mata kiri akan terpejam juga
tinggal lagi semua
degil dan pentingkan rasa

satu bangkit semua pasti akan terbangun
kalau benar niat yang telah dipaut
marah aku kalau semua masih tak erti
betapa aku sayang negaraku
betapa marahnya aku
bila satu negara berebutan
hanya kerana tidak percaya
juga diskriminasi di mana mana

apa yang penting
kita semua satu rasa
apa yang penting
kita semua satu malaysia
apa yang penting
kita mesti saling percaya

Tuesday, June 16, 2009

- kereta lembu

tegar awan menjemur diri
menghalang sinaran marah mentari
yang membakar seluruh bumi
bersama jerebu malang buatan manusia
menghibakan rasa yang terbentang
menyiksakan mata yang memandang

pukullah diri tanda sesal nan hiba
peluklah alam berikan sejahtera buat mereka
buangkan gimik durjana semata mata untuk dunia
fikirlah untuk masa depan yang belum lagi nyata

maya dunia jangan terus dilontar
kadang fantasi itu membentuk sahsiah
kotak akal juga menjadi pemacu
untuk menjadikan realiti itu lebih realiti

pastinya semua bergolek dengan syarat
akal jangan di tewas hati
fikiran jangan dibunuh rasa
jiwa haruslah tenang sentiasa

baru aku rasa hidup dengan begini
bila jari kugemgam bersama jari
tanda aku masih punya mimpi
punya kuat untuk berdiri
lakukan semua sehabis mampu
tidak mengalah sekali kali

Sunday, June 14, 2009

- BINGIT

gerimis menitis membekukan perasaan
aku bencikan kesepian
namun kesepian itu seakan sangat menyukai aku
malah semakin hari semakin mendampingi aku

aku tak ingin lari lagi
aku mahu menghadapi
dengan daya aku sendiri

rintangan pelbagai menghantui
meletakkan aku di keperitan

andai aku mengalah yang diharapkan
biar dicincang hancur mustahil begitu

bukan aku sekeras besi
bukan aku sebesar gergasi
bukan juga aku tak lut dan tidak mati

aku manusia lemah
sentiasa berdosa dalam melangkah
sentiasa menangis mohon ampun
sentiasa berdalih menipu diri
untuk hidup atas duniawi
melari lari dari fantasi

sekali sekala aku kepenatan
seperti mahu minta bantuan
untuk hentikan sebentar sebuah kehidupan
sesuatu keinginan yang tiada berkemungkinan

pernahkah camar lupa pulang ke sarang?
pernahkah pucuk tinggalkan cahaya?

Thursday, June 11, 2009

- ketawalah

bukan aku bila tidak pernah jatuh
bukan aku bila tidak pernah tersungkur
bukan aku yang sentiasa di atas

namun
apa hebatku asyik diuji begini
apa dasyatku asyik dipukul begini

tidak bersyukurkah aku selama ini
tidak bertuhankah aku selama ini
tidak pernah tersedarkah aku selama ini

kini
aku masih di tempat aku berdiri
ketika aku suatu ketika dahulu
sedih dan lalai akan aku sendiri


ketawa
aku semakin kelabu dalam awan realiti
kabut yang lama menyelubungi
kabus yang sejuk lagi menutupi
pandangan segala pandangan
hingga aku masih dalam kelam

tapi
aku
tiada kata berputus ingin
dalam benakku
dalam kamusku
akan kucapai langit yang tinggi
akan ku sentuh dasar yang dilitupi

biar aku hancur dicincangi
biar aku tergadai segala yang pernah aku miliki

cuma
aku perlu kekuatan sedikit saja lagi
sokongan dari mereka yang aku sayangi
dorongan dari mereka yang aku ingati

aku dalam hiba yang digelangi penyesalan
yang aku sendiri tidak pasti
salah apakah lagi..

Tuesday, June 09, 2009

- ku mencintaimu

terlanjur kah aku mencintai
dirinya yang tiada abadi
terlalu indah untuk diri ini
terlalu aku mencintai

malamku kini menyepi
awan dan bulan bagai menghindari
aku tersepit dalam fantasi
realiti pergi tanpa ku sedari

oh langit bukalah jalan dengan awanmu
biarku tidak tersesat lagi
oh bulan kau berserilah
bersama bintang yang menyinar
gemilangkan gemilau
agar semua indah di bawahmu

biar semua tahu
aku cinta kamu
biar semua tahu
hidupku untukmu
biar semua tahu
aku adalah untukmu

oh langit bukalah jalan dengan awanmu
biarku tidak tersesat lagi
oh bulan kau berserilah
bersama bintang yang menyinar
gemilangkan gemilau
agar semua indah di bawahmu

Monday, June 08, 2009

- Semalam

semalam bulan terang jadi saksi
dengan diteman deru laut yang sepi
bersama angin yang sepoi

bunyian air bagai melodi indah
membawa pergi hampir semua
kekejaman fikiran
ketandusan akal
keinginan yang sebelum ini
menguasai

laut
semalam kau terbentang
membayar janji yang dibuat
membina satu lagi ikatan baru

tuhan
syukur atas pemberian

laut
semalam kau menghempas pantai
bagai bersalaman bermanja
dan berpegangan tangan dengannya

terima kasih laut
terima kasih tuhan
kerna itu janjiku terlunas
janjiku yang terakhir itu terlunas

Tuesday, June 02, 2009

- aku Chimm

bila mata masih mencuba
adakah bermakna aku masih mencuba juga?

bila mana aku tidak terdengar katanya
adakah aku semakin lupa padanya?

cahaya itu malapkah bila mana siang?
bulan yang kesiangan?
masih dinanti oleh sang punggukkah?

dan aku
bukan aku keliru
cuma aku dalam sedu
tangisan bukan kerana hiba
tapi kerana aku tidak terkata

kamu
aku tidak tahu
aku tidak tahu
aku tidak tahu