Saturday, November 08, 2008

- Akan ku cuba lagi




















satu hari yang panjang
dari shah alam ke pantai dalam
ini permulaan kata yang terlintas di minda ku

namun aku akui hari ini juga menyegarkan aku
untuk lebih bersedia menghadapi hidup yang baru
hidup sebagai seorang yang berkerjaya

langit tampak luas dan amat panas
tanpa awan yang selalu berselerak
peluh yang membasahi tubuh ku
setitis demi setitis menyembah bumi

tekak yang dahaga aku basahi
ulang kali aku jamu dengan air pelangi
harap dapat mengurangkan perit kepanasan matahari

silau cahaya aku tahan demi mencapai objektif hari ini
mencari tempat berteduh dari panas dan hujan
mencari tempat beradu di kala berlabuhnya malam
mencari tempat bersandar andai penat sesudah bekerja
namun masih bukan rezeki ku pada hari ini

hurm..
sudahlah semalam aku dalam kelam
kerana cuai aku jua yang kerugian
kerana lewa aku yang kehilangan

namun,
aku perlu berusaha lagi
mencari kehidupan yang lebih berkualiti
mungkin bukan pada hari ini
jodohku untuk menemui

tapi esok masih ada
akan aku usahakan lagi

ini,
pasti dan amatlah pasti..

5 comments:

  1. salam kepada semua
    terima kasih kerana sudi melabuhkan komen di sini..

    to Pok Li:-
    kira kira 6 keping note RM5o,hurm...

    memang tengah pening ni,haha

    ReplyDelete
  2. salam kembali...

    takpe,esok masih ada..yg penting jgn putus asa,banyakkan berdoa,insyaallah,everything just going to be ok..=)

    ReplyDelete
  3. Salam, berusaha keras tangga kejayaan. Kerjaya yang menjamin masa depan akan menarik seribu cinta. Persediaan yang mencukupi menjanjikan kebahagiaan rumah tangga.

    ReplyDelete
  4. boleh link bro, takda hal, rehat kejap je tu ...

    serunai faqir ...

    ReplyDelete

terima kasih