berbisik sang badai padaku
sambil mendodoi dengan tiupan lunak
melalui rongga alam dengan merdu
kamu insan penuh kelebihan
jangan pernah merasa jemu
dengan setiap tingkahmu
walau langkah mu tertunduk
menyembah bumi terlangkup
terlentang melihat langit
berkata pula sang awan
sambil menutup suria memberi teduhan
menghalang cahaya yang membakar tubuhku
kamu manusia penuh kesempurnaan
sekali berdosa kamu bisa diampunkan
tadahkan tanganmu mohonlah keampunan
nescaya DIA tidak akan melupakan
selagi kamu punyai IMAN
merengkok jari jemariku
kesal seluruh hati kerana degilku
mengenggam tangan sendiri
memeluk tubuh sendiri
penuh kesal penuh rasa diri tidak berdaya
buat seorang pendosa
kalian hanya manusia biasa
usah berputus asa
sebaliknya teruslah berusaha
mencari kebaikan selagi esok masih ada
berseru tanah dipijak dihinjak
daripadaku kamu terjadi
kepadaku kamu akan kembali
jangan pernah sombog diri
kenanglah siapa sendiri
tahulah mengapa kamu berdiri
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 23, 2009
- dia anugerah DIA
mata ini sudah mula kepedihan
menanggung hati yang tidak lagi
berkenginan untuk terus terlelap
bersama dingin pagi
bersama syadu angin yang berhembus
fikiran ini dilayang jauh
tidak bertajuk semua bayangan dan cerita
hanya berlegar tanpa jalannya yang sempurna
sebentar ke atas, sebentar ke bawah
sambil kadang kadang
nafas panjang dihela
sepertinya mengeluh
kalau baru terjaga pastilah bukan kepenatan
tapi kerana apa?
hurm...
rindu agaknya
teringin sangat untuk berjumpa
hendak hati dipeluk serat yang bisa
hurm...
satu ujian dari DIA
satu kebaikan dari DIA
satu hikmah yang pasti aku akan bersyukur padaNYA
rinda dan sayang sememangnya anugerah yang tidak terhingga
besar nikmatnya =)
menanggung hati yang tidak lagi
berkenginan untuk terus terlelap
bersama dingin pagi
bersama syadu angin yang berhembus
fikiran ini dilayang jauh
tidak bertajuk semua bayangan dan cerita
hanya berlegar tanpa jalannya yang sempurna
sebentar ke atas, sebentar ke bawah
sambil kadang kadang
nafas panjang dihela
sepertinya mengeluh
kalau baru terjaga pastilah bukan kepenatan
tapi kerana apa?
hurm...
rindu agaknya
teringin sangat untuk berjumpa
hendak hati dipeluk serat yang bisa
hurm...
satu ujian dari DIA
satu kebaikan dari DIA
satu hikmah yang pasti aku akan bersyukur padaNYA
rinda dan sayang sememangnya anugerah yang tidak terhingga
besar nikmatnya =)
Friday, December 18, 2009
- ??????
salam tahun baru
mudah diungkap oleh sesiapa
namun belum tentu sesiapa itu faham
tahun baru dalam erti kata sebenar
salam tahun baru
salam tahun baru
semoga kehidupan bertambah baik!
niat inginkan segala kebaikan
namun siapa tahu apa akan terjadi?
nyata niat sahaja tidak mencukupi
perlu usaha yang kuat
dalam dunia, tiada yang persuma!
selamat tahun baru
selamat tahun baru
pasir dipantai lagikan berubah
tiap kali datangya bah!
manusia?
hurm!
selamat tahun baru =)
mudah diungkap oleh sesiapa
namun belum tentu sesiapa itu faham
tahun baru dalam erti kata sebenar
salam tahun baru
salam tahun baru
semoga kehidupan bertambah baik!
niat inginkan segala kebaikan
namun siapa tahu apa akan terjadi?
nyata niat sahaja tidak mencukupi
perlu usaha yang kuat
dalam dunia, tiada yang persuma!
selamat tahun baru
selamat tahun baru
pasir dipantai lagikan berubah
tiap kali datangya bah!
manusia?
hurm!
selamat tahun baru =)
Tuesday, December 01, 2009
-tari ini
lama jemariku tidak menari disini
lama jua aku memendam seribu rasa
untuk disampaikan disini
bukan lelah jadi halanganku
bukan masa yang suntuk menahan aku
hati ini seperti hilang nawaitu
minda ini keliru antara kau dan aku
tidak tahu yang mana satu
untuk diikuti dituruti
sedari masa tidak akan berhenti
aku cuba menulis lagi
menyatakan apa rasaku
melontarkan akal fikiranku
memainkan lagu hati
dengan melodinya yang layu
aku
masih melayang tidak bertali
terawang tanpa aku pasti
bila ku jejak kebumi
terasa bahangnya api
tak pernah aku pantas
lepas dari dosa sendiri
dan masih sedang menyakiti
diri yang selalu cuba untuk kembali...
lama jua aku memendam seribu rasa
untuk disampaikan disini
bukan lelah jadi halanganku
bukan masa yang suntuk menahan aku
hati ini seperti hilang nawaitu
minda ini keliru antara kau dan aku
tidak tahu yang mana satu
untuk diikuti dituruti
sedari masa tidak akan berhenti
aku cuba menulis lagi
menyatakan apa rasaku
melontarkan akal fikiranku
memainkan lagu hati
dengan melodinya yang layu
aku
masih melayang tidak bertali
terawang tanpa aku pasti
bila ku jejak kebumi
terasa bahangnya api
tak pernah aku pantas
lepas dari dosa sendiri
dan masih sedang menyakiti
diri yang selalu cuba untuk kembali...
Subscribe to:
Posts (Atom)