Tuesday, August 03, 2010

-pergi dariku-

kau
pergi dariku
kau
pergi dariku

kau pergi dariku
biar awan hitam yang menemani aku
kau pergilah dariku

mungkin aku kehilanganmu
mungkin aku takkan punya kamu
mungkin aku tidak memilikimu

oleh itu kau
pergi dariku

kejauhan menetak kita
rindu itu memisah kita
sabar itu jadi penghalang kita

kau
pergilah dariku

aku
memang bersedih
sebak aku tahan agar tidak tertitis
kesedihan aku kepedihan aku
kau pergi tinggal aku

kau dalam pura menyalah aku
kau dalam suka pergi dariku

moga itu yang kau cari
moga itu yang kau kan perolehi

aku akan terus menghantar angin
menyatakan aku rindu
menyatakan aku berpegang pada tangan yang dulu

Wednesday, July 14, 2010

- tunjukkan kami jalan yang sebetulnya -

ako memang cinta
ako sentiasa sayang
ako akan selalu suka

tidak pernah cinta kau tidak bermakna
tidak pernah perasaan dari kau tersia sia
tapi mengertilah, kita tidak akan kemana

namun kau seakan tidak mengerti
apa sebenar yang membuat aku perlu di tepi
tidak dapat selalu di sisi

malah kau salahkan aku atas apa terjadi
anggap aku kejam mementing diri
sedang aku turut sakit
dibelenggu rasa kehilangan hati

bukan aku meminta belas
bukan niat aku seperti menindas

tapi aku hanya mengingatkan
agar aku sentiasa sedar
agar kau tidak terlalu lama terlena
dalam kebahagiaan yang bersifat fana

mungkin semalam aku menghiris perasaan kau
hari ini kau pula seakan membalasnya
beri aku resah dalam ketiadaan

aku semakin terkaku
tidak tahu mana betul mana salahnya

hanya satu aku termampu
menangisi sesuatu yang aku tidak mampu
juga berdoa untuk DIA,
tunjukkan kami jalan yang sebetulnya~

Monday, July 12, 2010

-kenangan terindah-

bila kenangan lama terawang di ingatan...
ako tersenyum sendirian....
rindunya....

hurm =)

Thursday, June 10, 2010

-bermohon-

memandang langit gelap
terasa diri terkurung
antara masa dan dosa
yang selama ini membendung
akal dan kejahilan

menitis air mata
berderai bagai gerimis pagi
memikirkan kesalahan
yang selamai ini membebani

ku memohon ampun
janganlah di lontar jauh
cahaya itu

terkadang tersandung
kerana diselubungi malap suasana
dan kelamnya iman yang tiada

bertanya pada diri
apakah kesudahan ini
bermohon pada DIA
moga masih ada ruang

Tuesday, June 08, 2010

-aku dan kamu III

aku masih tunggu kamu!

walau kamu diam
sediam alam tanpa angin
sediam alam tanpa hujan mahupun kemarau

aku masih nantikan jawapan kamu
walau kamu mengelakkan aku
sepertinya aku ini batu
tidak kelihatan di mata kamu

aku masih berharap kamu
mengerti betapa aku mementingkan kamu
memikirkan segala kemungkinan berkenaan kamu
meletakkan kamu di atas segala atas

dan aku pasti tidak marahkan kamu
andai jawapan kamu menyedihkan aku
andai hemburan kamu tidak menyenangkan aku
dan aku tetap bersedia untuk segalanya yang mungkin

kerna aku tak mahu
kamu bersedih kerana aku
=)

Wednesday, June 02, 2010

- kehabisan waktu -

bertanya hatiku pada diri sendiri
bilakah waktu nya akan sampai padaku
waktu dan tika aku akan sempurna
sebagai mana mereka yang telah berjaya
menyempurnakan kehidupan mereka

di angin lalu
ku bertanya sendirian
tiada pernah henti ku bertanyakan


sampai masa dan ketika
yang aku sendiri tidak pernah tahu
dan sentiasa termanggu manggu
menuggu kah hasil yang aku perlu

panas pun ada sejuknya
siang pun ada malamnya
tapi aku...

bukalah jalan ke pintu yang diredhai
aku tidak mahu lagi begini

maafkan aku~

Sunday, March 28, 2010

- aku dan dirimu

kalau dilihat pantai yang dipukul ombak
tahukah betapa pantai rindu andai ombak mendiam?
kalau dilihat nyiur yang melambai ditiup angin
tahukah betapa rindunya nyiur andai angin tidak berhembus?

kalau kamu tanya mengapa adanya aku
aku kan katakan
aku ada untuk menyayangi kamu
aku ada untuk merindui kamu

bila dilihat kucing dan anjing bercakaran dan berlarian
aku terfikirkan kamu yang aku punyai selalu
aku amat syukur kerna kamu tempat aku meluah sesuatu
tempat aku membaringkan kepalaku
bertenang dan tersenyum kembali
sentiasa seperti selalu bertemu

tiada madah yang dapat membayangkan dirimu padaku
walau seindah pelangi sekalipun ia dicipta
tiada ukiran yang mampu gambarkan kamu
walau secantik awan ia terukir menghias dada langit

aku selalu menghargai kamu
walau kamu jauh
walau kamu dekat

akan aku hargai kamu
akan aku sukai kamu
aku ada adalah untuk kamu! =)