Tuesday, November 04, 2008

- Aku bagaimanakah Aku??














apa lagi yang boleh aku buat?
apa lagi yang harus aku lakukan??
untuk mendapatkan itu dari mereka??
setakat ini semua menunjukkan hasil yang sama..
baik yang pergi buruk yang datang...
biar sebaik mana aku mencuba hasilnya tetap sama..

atau aku tiada keihklasan dalam hati?
sentiasa mengharap sesuatu dalam pemberianku??
atau aku yang terlalu selalu dengan duniaku??
selalu menyerongkan pandangan dan segala apa yang berlaku??

yang pasti aku kepenatan dengan hidup yang begini..
hendak ku putus asa itu bukan caraku mahupun tingkahku..
hendakku biarkan sahaja pahit yang ku telan tak mampu lagi di tahan..

tapi apa dayaku??
diperlaku begitu??

hurh....

lesu aku lesu..
dengan kehidupan yang melesukan ini..
lelah aku lelah..
dengan dugaan yang Dikau berikan...

kuat kan aku ...
ini pintaku...
kerana aku..

aku tidak sekuat insanMu yang lain...

4 comments:

  1. tabah hati,kuat kan semangat,sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia melainkan dia mengubah dirinya sendiri..jgn sesekali berputus asa..menjadi manusia itu tidak la semudah yg disangka dan jgn sesekali menganggapkan dugaan itu sebagai sesuatu yg malang,tapi beruntung la,kalau kamu diberi dugaan..menunjukkan Allah tu menyayangi kamu,dan Dia sedang menguji kamu..sabar kay..;p

    ReplyDelete
  2. Akan sampai satu masa kita tak minta pun orang nak beri :). Apa pun ia bermula dari usaha yang gigih.

    ReplyDelete
  3. ujian yang diberi takkan diberi kalau kita tak mampu..allah tahu kemampuan kita..kerana itu allah uji kita..(kesimpulan dari maksud ayat al-que'an)kita sahaja kena kuat menghadapinya..kembali padaNYA..dekatkan diri padaNYA..bersangka baik denganNYA..aku yakin kau akan peroleh ketenangan walau memang sedang tika itu dirimu lesu sangat...kekadang aku pun tertanya macam kau yang sedang tertanya begitu..tapi kembalilah kepada allay yang maha tahu dan maha penyayang ok:)

    ReplyDelete
  4. semua ini berlaku kerana tindak tanduk ko sendiri aiman

    ReplyDelete

terima kasih