Saturday, November 05, 2011

~ buka minda ~

hei
pandang ke hadapan
jangan lupa jenguk sedikit apa dibelakang
lihat kiri lihat kanan 
dan dengar apa orang kata
kao akan tahu nanti kebenaran


Saturday, May 14, 2011

cincin di jari manismu














bagai bertanam tebu ditepi bibir
semanis itu ucapanku hanya untukmu
semanis kau memandangku
semanis parasmu yang tidak pernah jemu buatku

cincin itu di jari manismu
kelihatan sempurna tanpa cacat tanpa cela
menaikkan seri diri buat aku selalu terpaku
hanya kerana cincin itu di jari manismu

sepertinya matahari memberi kehangatannya
itu perasaan aku bila adanya kau bersama
seperti itu aku merasakan kehadiranmu
bersama cincin itu dijari manismu

tapi kita sampai disini
bukan kerana aku membenci
bukan kerana kau punya kekurangan diri
tapi ketentuan dari-Nya menjarakkan kita

seperti manisnya kamu bersama cincin itu
begitulah rasaku hendaknya bersama kamu
tetapi aku tahu aku tidak harus seperti itu
untuk kebaikan kita untuk keredhaan kita

terima kasih adalah sesuatu yang aku perlu ucapkan
walau mungkin tidak semanis dulu
tapi aku ihklas dari dalam hati yang tulus
untuk kau tahu betapa aku
sangat merasai kepergian ini
jua meredhai keadaan ini

jangan diteruskan kesedihan kita
untuk masa depan kita jua

terima kasih untuk segalanya
aku masih ada dikala kau rasa
kau perlukan manusia untuk bersama

Thursday, April 14, 2011

~dulu~

sesekali mata terpejam
bagai mengantuk menanti bantal
sesekali aku fokuskan penglihatan
biar aku nampak sekelian alam
aku masih dulu atau sudah berbeza

menatap indahnya ciptaan tuhan
buat aku tersenyum sendirian

sedar aku tidak seberapa
sedar aku sering hanyut dibuai dosa
itu juga perkara lama
malangnya masih tidak mampu aku hentikan

andai masa seperti roda
ingin aku putar semula
biar aku terlupa semua
dan berdiri semula
seperti baru lahir ke dunia

dulu
sangat mengugat aku
dulu
sangat mengecewakan aku
dulu
aku tak mahu lagi
dulu...

Wednesday, March 30, 2011

-cahaya yang gelap -

lihat langit yang terang
membiru dengan cahaya matahari yang benderang
berkali aku pandang
berkali aku cuba perhatikan
aku lihat seperti ada kegelapan
yang aku sendiri tidak pasti
dari mana datangnya

seperti aku juga
kusembunyikan kegelapan itu
dalam keterangan yang dipenuhi ketawa

kadang ako berharap ada yang diluar sana melihat
betapa aku sengsara dengan semuanya

kadang aku berharap dunia ini tiada
agar aku tidak tersepit di dalamnya

aku keletihan
dengan semua ujian
aku seperti tidak mampu lagi
terduduk sendiri dengan tangisan tidak berair mata

dan yang pasti tiada siapa yang mengerti

Friday, November 26, 2010

-bila kita terlupa-

sakitnya pantai dihempas ombak...
namun tak pernah pantai membising kerana itulah temannya itulah lawannya

tapi manusia sering mengeluh bila diuji
sedangkan mereka tahu kehidupan adalah satu ujian

bila awan berarak menutup mentari
rasa keteduahan yang sementara
kurang rasa dahaga dan kurang rasa membara
namun tiada yang bersyukur dan redha
tidak bersyukur kerana diberi cahaya
mungkinkah manusia itu terlupa....

pandang malam pasti tak akan jelas
itu kelebihan yang diberikan
perlu optimis barulah berjaya

kehidupan memang pementasan
tinggal lagi manusia yang perlu akuinya
kerana tiada yang sempurna tiada yang selamanya

belajarlah untuk redha
seganlah bila terlupa berterima kasih pada DIA

Friday, November 19, 2010

- mancari cahaya -

terbias warna senja dalam kemerahan mentari
kadang menunjukkan jalan kehadapan
kadang menutup pandangan kerana cahayanya yang suram

seperti juga hati manusia
akan tersesat bila mana cahaya itu suram atau mungkin terpadam
sesat akan menjadi jawapan hati akan menjadi laluan dan akal ditinggalkan
sebanyak mana pasir di pantai
sekerap itulah manusia jahil dan terlupa
dan melakukan kesalahan dan sesat di jalan kehidupan

kehidupan adalah mimpi yang panjang
seperti awan yang berarak tidak ada putusnya pergerakan
dan hujan yang turun dan naik kembali menjadi awan
begitulah kerapnya manusia terluka, melukankan serta dilukakan

usah difikir salah siapa semua angkara
usah diletak pada sesiapa kesalahan yang ada
usah menikam diri kerana salah yang tiada penghujungnya

seharusnya kaki itu teruskan langkah
jangan fikirkan apa di belakang kerana ia sudah dilepaskan
di hadapan masih berjuta akan berlaku

maaf ku pinta atas semuanya
bukan niatku permainkan rasa yang gelora
tiada terfikir olehku keadaan itu membenammu
sesungguhnya aku juga serupa merasakan yang sama

namun penting jua bagiku
mencari cahaya yang sebetulnya untuk hidupku
dan cahaya itu pasti untukmu jua
kerana kita sentiasa dalam dosa

Tuesday, October 12, 2010

- PeSAN IBu


terngiang di telinga saat ibu berpesan
teringat di minda betapa ibu sempat memberi pesanan
dan termanggu setiap kali memikirkan apa yang dipesan..



apabila,
masa memanggil manggil menjerit jerit
sudah tiba saatnya untuk pergi meninggalkan sini
tempat lahir tempat dibesarkan juga tempat jatuh berdiri
tika dan waktu memberitahu inilah masa untuk tinggalkan ibu
tinggalkan semua di kampung untuk ke sekian kali



meniti perjalanan ke pondok migrasi
bersama bagasi mengisi hati dan harga diri
meredah jejalan yang memanjang ke depan bukan ilusi
berjuta batu untuk satu kehidupan yang selain bersama ummi



panas matahari tidak terasa
dengan adanya angin sejuk buatan manusia
melindungi dari sinaran yang membinasakan
namun bukan ini bermain di fikiran
hanya satu berlegar legar tiada henti
pesan ibu yang didengar tadi..




ibu berpesan
ibu berpesan penuh harapan
ibu berpesan dengan doa dan ingatan


"jangan tinggal solatmu"



ringkas tapi penuh dengan pesanan
penuh juga dengan harapan
penuh juga dengan doa dan ingatan