Tuesday, March 31, 2009

- Tidak Perlu Apa Lagi



Selagi aku mampu aku akan bertahan
Selagi aku mampu aku akan bertahan

Aku tak pernah lupa janjiku
Aku selalu ingat janjiku
Walau marah macam mana Aku
Tapi takkan macam dulu
Aku datang dan suapkan kamu

Aku tak pernah lupa budi
Kerna itu yang aku bawa mati
Andai kamu harap budi itu dibalas secara duniawi
InsyaAllah andai peluang itu diberi

Andai masa itu cemburu
Mungkin aku pergi dulu
Jangan salahkan aku
Hanya kerna
Pernah bersama kamu

Aku suka dengan kehidupan aku
Tak ada lain yang aku ingin lagi
Aku bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi...
Semua ini dah lebih dari mencukupi...=)

Monday, March 30, 2009

- Sembunyi



manjalara
itu gelaran untuk mereka
dimanjakan hidup
tiba tiba berubah tabah
untuk terus hidup

gagah
tidak terlawan dek pandangan
begitulah luaran
namun
rapuh amat di dalam
seakan retak menanti belah

pandai kau litupkan diri
kerna kau tahu
hanya si bebal tunjukkan kelemahan diri
pandai kau berlakon tabah
untuk atasi diri yang lemah
kerna kau tahu
hanya si lemah yang ditindas

ako ingin sepertimu
namun
aku adalah aku

entah lemah
entah tabah

aku tak pasti tentang itu
apa yang pasti

aku kan seperti tabah
mulai detik ini
kerna itu ajaran kau kepadaku

Sunday, March 29, 2009

- Gadis Ku

Gadisku
Aku mohon kepadaNYA
Aku mendapat Gadisku

Gadisku
Aku mohon kepadamu
Jadilah kau Gadisku

Gadisku
Aku mencintai dirimu
Seperti mana kau mencintai aku

Gadisku
Tidak perlu kau luar biasa
Kerna cinta ku kerana kau Gadisku

Gadisku
Jadilah kau Gadisku
Seperti gadis gadis lain
Kerana kau Gadisku

Selagi cinta kita bersatu
Kau adalah Gadisku

Selagi kau tahu apa mahuku
Kau adalah Gadisku

Selagi aku tahu kau Gadisku
Kau adalah Gadisku

Saturday, March 28, 2009

- Islam Itu Keberanian Ku



Bila takut itu datang
Aku fikir aku Islam

Bila gentar itu datang
Aku fikir aku Islam

Bila syaitan menghembus hasutan
Aku fikir aku Islam

Bila cinta dunia menguasai
Aku fikir aku Islam

Indah Islam
Cantiknya Islam
Bunganya Islam
Warninya Islam
Bila aku fikir aku Islam

Moga Islam ku dengan Iman
Moga Islam ku dengan Rahmat
Moga Islam ku dengan Redha
Moga Islam ku dengan Syurga

Amen

Thursday, March 26, 2009

- Hitam Dan Putih



Indahnya pelangi yang muncul
menghiasi dada langit terbentang
terbit bagai memberi harapan
bersama cahaya mentari
selepas hujan yang menyejukkan

Warnanya tidak pernah sekata
namun punya pelbagai tona
juga jadi seribu makna

Terpulang pada siapa yang memandangnya

Berjuta rasa telah dilontar padanya
marah, benci, sayang, jua segala rasa
pelangi dengar tiada berkata
dan pergi bila tiba masanya

Pelangi kan datang lagi
walau beribu kali disayangi
walau beribu kali dimarahi
asalkan ada hujan juga mentari
kerna itulah setia pelangi

Cantik kerana warnanya
Indah kerana perasaannya

Pelangi
Aku mungkinkah seperti pelangi
Ingin datang dan disayangi
Ingin pergi dan dipanggil lagi
Ingin benar hadir memberi seri

Pelangi...
Aku benci kau
Kerna kau aspirasi
Yang tak mungkin aku ekspressi..

Sunday, March 22, 2009

- Sempit Ruang Itu


Hidup ini memang berliku
mustahil kau senang untuk senang
kecuali kau usaha juga berdoa

Terik panas yang dirasa
bukan dari mentari di atas sana
tapi dari kegawatan diri
yang sempit serta tersiksa

Dingin juga datang sekali sekala
memberikan hujah dan khabar
berbaur kejutan
bercampur rasa tidak berdaya

Sendiri,
hanya mampu berdoa
hanya mampu melaku apa terdaya
susah benar hidup di dunia

Friday, March 20, 2009

- Aku Insan



Lihat langit yang terbentang
hitunglah bintang yang bertaburan
bilanglah pada mereka mengapa

Mengapa kau hitung kebanyakan mereka
muhasabah diri yang sentiasa dalam durja

Langit
luasnya kau wahai langit
tidak habis aku memandang
mahanya kuasa DIA yang mencipta

Pandanglah laut yang terbentang
indah biru warnanya bukan sembarangan
bilanglah pada laut mengapa

Mengapa kau terbentang hanya
tidak kah kau mahu tenggelamkan semua
syaitan bermuka manusia
merosakkan alam ciptaan DIA

Manusia mengapa kau berkata dusta
memecah belah sesama manusia
tidakkah kau gentar enggan neraka
khas untukmu yang durjana..

Manusia mengapa kau tidak berketetapan
sini sana kau menjual beli rahsia
khianati percaya yang di beri mereka..

Takut
aku amat takut
amat teruja juga

Mohon aku
Bukan dari golongan mereka..

Tuesday, March 17, 2009

- Buka Mata



Buka mata dan lihatlah
Dunia pemberian TUHAN

Buka mata dan lihatlah
Betapa kita harus bersyukur dengan kehidupan

Buka mata dan lihatlah
Jangan hanya mendengar sahaja

Buka mata dan lihatlah
Kekurangan sendiri
Juga kelebihan insan lain

Aku mengharap kebaikan dariMU
Aku mengharap perlindungan dariMU

Bukalah mata dan mulakanlah hidup yang baru
Selalu..

Sunday, March 15, 2009

- Ketawa terakhir itu ketawa yang manis

hahaha aku ketawa
Bukan kerna riang
Tapi kerna sekarang Tuhan sudah tunjukkan
Bukan kebenaran tapi balasan kesabaran..

Terima kasih Tuhan
Atas apa yang kau kurniakan
Masih aku harapkan
Belas kasihan dariMU
Kerna hanya kau yang SATU

Moga aku akan sentiasa kuat
Selagi aku bersabar
Dengan ujian Tuhan..

Amen..

Thursday, March 12, 2009

- Biarlah Pergi




Daun itu jatuh helai demi helai
Bertaburan ke tanah, ke bumi..
Langsung tidak sekata jatuhnya
Sekadar jatuh untuk jatuh
Sekadar memenuhi hukum alam ini

Mentari pun sama
Bersinar tapi tidak terang
Langsung tidak memanaskan
Langsung tidak menghangatkan

Begitu juga angin
Tidak lagi menyamankan
Begitu juga bintang
Tidak lagi menghiburkan
Begitu juga deru pantai
Tidak lagi bersemangat
Begitu juga bulan
Langsung tidak cantik...

Haih...
Begitu juga aku...

Pahit haru jalan cerita hidupku
Berat benar dugaan Tuhan itu
Ujian yang aku rasa tidak mampu
Dosa kepadaNYA yang buat aku keliru
Buatkan jalan hidupku amat berliku
Apakah aku benar benar tidak mampu..

Aku terima semua dengan sedayanya
Tangisku sebak tidak berdaya
Hibaku kerna sendirian hadapi semua
Tabahku kerna tahu
Tuhan sekadar menduga..

Masih lagi..
Aku begini..
Dengan idealogiku yang dulu..
Dengan kewarasan yang dulu..

Bezanya aku mungkin lebih longlai dari dahulu
Tapi tabahku, ku kunci di dalam sama semangatku

Aku berbeda namun masih sama..
Tidak pernah berubah kerna itulah aku..

Tuesday, March 10, 2009

- Fikiran INI =p













Pusingan kipas itu kuat sangat
Bagai garuda datang mengibaskan sayapnya
Lagu pelbagai menjadi halwa telinga
Tidak berhenti dari corong buruk radio itu

Ouwh...aku tersepit
Fikiran aku masih tidak tetap lagi
Keputusanku jua dinanti nanti

oleh aku sendiri...hurm..

Awan gelap suka benar bersinggah di langit atasku
Membawa bersama kerisauan ini
Membawa juga air mata langit
Membawa juga rasa malas kesejukan

Masih lagi menimbang keinginan hati
Masih jua akalku melawan mengarahku pergi
Fikiran aku pula berbelah bahagi
Haruskah aku pergi kali ini?

Masih lagi
Aku berfikir
..............................................................................................



p/s: er na pegi ke ta class rinih??hehehe
ta sker clss law!!! =p

Monday, March 09, 2009

- Mohon Aku Mencintai Dia



Tidak pernah ku temu diriMu
Aku berharap dapat bersamaMu
Tidak pernah ku dengar suaraMu
Namun sentiasa mendengar kata kataMu

Kau agung lagi terbaik
AkhlakMu indah lagi cantik
NamaMu megah terlalu gah
Aku mencuba untuk mencintaiMu
Aku berdoa dapat bersamaMu..

Dari awal kau gergasi
LakuMu Al-Quran dan baik budi pekerti
Laba buat mereka yang bersamaMU
Mohon aku diberi peluang sebegitu

Kujunjung doa untukMu
Moga DIA memberkati aku
Kerna terlalu ingin mencintai Rasulku..

Ya Muhammad...
Salam MaulidurRasul..
Segala Kebaikan BuatMu..

Sunday, March 08, 2009

- Berhentilah



Sesuatu itu tidak pernah kau pasti
benar atau sebaliknya kebenarannya

berhentilah
berhentilah
berhentilah

kerna itu melukakanmu

Dan jangan kau cari sesuatu yang baru
Kerna jalan hidupmu penuh berliku
Jangan sakiti dirimu lagi

Saturday, March 07, 2009

- Luahanku




Masih ku tak mengerti
Apa yang terbuku di hati ini
Dan aku tidak pernah berdaya
Menahan rasa yang tidak ku fahami

Terfikir kan dirimu
Inikah sayang ataupun rindu
Namun satu yang pasti
Aku terlalu memerlukan kamu

Kucipta rasa benci
Didalam diri
Didalam hati

Namun ku masih tak mengerti
Mengapa kamu masih di sini..

Thursday, March 05, 2009

- Pengertian

mungkin aku tak tahu
mungkin aku keliru
tapi aku ingin bicara sesuatu

mungkin aku sedang haru
mungkin juga aku terharu

namun aku tahu
aku sangat perlu 'itu'

rasa yang tidak pilu
rasa yang menyenangkan aku
rasa yang mengembalikan senyumku
rasa yang mengembalikan tawaku

(o_O)

Tuesday, March 03, 2009

- Andai Aku diberi Pilihan




Andai aku diberi pilihan
Aku berdoa dan akan ku berkata
Andai aku hidup untuk berdosa
Tuhan kau ambillah nyawaku
Agar aku tidak melakukan dosa kepadamu

Andai aku diberi pilihan
Aku berdoa dan akan ku bicara
Andai hidupku memberi kebaikan kepada yang lain
Tuhan kau hidupkanlah aku selama mungkin
Agar aku terus berbuat kebaikan itu

Namun tiada pilihan ini dalam hidup
Kerana kita yang membuat keputusan
Biarpun pilihan tidak pernah dinyatakan

Lakonlah sebagai hamba Tuhan
Yang punya harga diri sebagai manusia

Bukan sebagai Tuan kepada diri
Yang sombong dengan Yang Maha Mencipta

Monday, March 02, 2009

- Kelajuan itu Difinasimu



Kataku sewaktu kau berjalan
"berhati-hati dengan langkahmu
Kataku pabila kau berlari
"berhati-hati dengan pijakkanmu"
Kataku tika kau memandu
"berhati-hati dengan kelajuanmu"

Kini kau berjalan lebih jauh dariku
Kini kau berlari lebih pantas dariku

Malah kau handal menuggang kelajuan
Moksa hidupmu tanpa definasi kepantasan
Jangan kau tertangkap oleh kealpaanmu

Berhati-hatilah wahai adik
kerna kelajuan itu menyeronokkan
namun ia juga menggerunkan

Jangan ditipu oleh angin yang dibelah kelajuanmu
Jangan terlalai oleh kelajuan yang kau kejar
Kerna Destinasi mu masih jauh di depan

JANGAN MEREMPIT DAN MEMBUNUH
PERASAAN ORANG DISEKELILINGMU