Thursday, April 30, 2009

- Teater Manusia



Kisah bermula sejak dunia terwujud
Manusia yang tamak dan terlupa
Mementaskan diri di hadapan yang ESA
Menunjukkan rakusnya nafsu
Melakonkan watak yang haloba dengan keinginan

Mentari dan bulan menyaksikan semua
Siang dan malam kadang kadang malu melihatnya
Pelbagai kisah pelbagai cerita
Tentang manusia yang tamak dan terlupa

Bila anak menderhaka kerana fikiran tidak sehala
Bila ayah memboneka anaknya kerna nafsu yang tidak berkepala
Bila suami menghentak isteri yang tidak berdosa
Bila isteri mencari yang lain kerana terhasut puaka
BIla manusia memusnahkan dunia tanpa batasannya
Bila manusia lupa dari mana ia tercipta

Datanglah taufan sebagai ingatan
Datanglah petir sebagai hukuman
Datanglah murka dari tuhan

Namun manusia tetap manusia
Tidak lupa untuk terlupa
Tidak pernah sedar untuk sedar
Tidak pernah rasa berdosa atas dosanya

Selagi masih ada masa
Selagi masih ada saatnya

Bangkitlah
Sedarlah
Bangunlah

Pintu taubat itu mungkin masih terbuka
Pintu kemaafan dari tuhan mungkin masih untuk semua manusia

Jangan pergi lagi jauh lagi....
Akhiri cerita manusia di dunia dengan
Pengakhiran yang indah lagi tidak berdosa

Ini untuk aku jua...

Monday, April 27, 2009

- Sentiasa


Tiada
Dalam keadaan
Dalam ketiadaan
Sebenarnya semua adalah tiada

Tiada
Semua yang ada
Sebenarnya tiada
Akal mungkin mengujudkannya
Hakikatnya tetaplah tiada

Tiada
Bukan kerana ketiadaan
Tapi kerana keberadaan
Juga kerana keadaannya

Hanya satu yang ada
Hanya satu yang sentiasa ada
Hanya satu yang ditetapkan untuk manusia
Itulah TIADA

Hanya DIA maha berkuasa
Tuhan segala kejadian
Allah Yang Maha Besar...

Wednesday, April 22, 2009

Garasi Diri




Maha karya TUHAN
Mencipta segala kejadian
Menjadikan nafsu di dalam Insan





Aku juga tidak dapat lari
Punya nafsu yang gelora dalam diri
Yang selalu membawa aku pergi
Dari perkiraan akal yang bestari





Aku bingung dalam memutuskan
Segala yang patut dan tidak dalam kehidupan
Bagai bersarang tempua dalam fikiran
Namun masih lagi punya ruang tanpa kesedaran





Janganlah ini satu lagi kesilapan
Mohon aku dengan sepenuh harapan
Aku tidak akan mampu lagi untuk bertahan
Walau aku sadar aku tidak sendirian
Namun aku tidak rasa aku berkekuatan





Bawa aku pergi Dari kesakitan ini


Aku perit di kala begini


Aku pekik tidak berbunyi


Aku perih hanya sendiri





Maha Agung TUHAN


Ini apakah satu lagi ujian


Ini mungkinkah menguatkan


Ini dapatkah aku lakukan...





Optimis aku pujuk sendiri
Gergasikan diri walau sebenarnya kerdil





Aku masih punya KAU bukan?


Aku sentiasa punyai KAU bukan?


Aku akan sentiasa berharap pada KAU.. Ya ALLAH


Aku hanya ada KAU Ya ALLAH


Mohon aku..hanya pada KAU Ya ALLAH





amen...

Sunday, April 19, 2009

Kepanasan Diri



Suram langit yang semalam cerah
Bagai sedih akan sesuatu
Awan yang selalu biru
Kini kelabu tidak menentu
Bagai ingin bicara sesuatu

Mentari masih lagi bercahaya
Menghangatkan insan dengan sinarannya
Namun tidak tahu mana ikhlasnya

Keinginan diri yang gergasi
Tidak mungkin dapat dipenuhi
Digarap pula dengan nafsu
Yang membantah akal selalu
Akhirnya tidak keruan
Kerna seakan melaku kesalahan

Tekak bagai sentiasa dahaga
Bukan air yang diinginkan
Namun tidak pula dapat diterjemahkan
Apa yang sebenar dalam fikiran

Persoalan yang senantiasa dalam kebuntuan..
Panas, panas, panas...
Suara tidak terkeluar
Bicara tiada ketentuan
Niat bagai tidak lagi kesampaian...

owh..aku demam rupanya..ha3x =)

Tuesday, April 14, 2009

- Mengharap Kan NYA



Pagi lagi ayam sudah bangkit
Memanggil makhluk lain untuk bersama

Mungkin bangkit menghadapNYA
Mungkin bangkit lantas berdoa
Mungkin bangkit mencari rezeki dunia
Mungkin bangkit untuk terus terlupa
Mungkin bangkit untuk terus berdosa

Siapa tahu niat manusia
Pabila bangun dari mati kecilnya
Pelbagai rasa dan idea mencurah keluar
Sendiri sahaja yang tahu apa isinya
Namun takkan terlepas pandang olehNYA

Aku jua begitu
Terhuyung hayang dengan ilhamku
Tersepak tersandung dengan akalku
Tiada yakin dengan niatku
Mustahil kesempurnaan itu wujud padaku

Mujur aku masih punya waktu
Untuk sedar apa salahku
Untuk menghisab kembali silapku
Untuk muhasabah diri yang terkaku
Dengan niatku yang satu..

Aku ingin bersamamu Ya ALLAH
Aku ingin lakukan semua keranaMU
Izinkan aku Ikhlas untukMU
Kerana aku tahu
Dunia ini sementara bagiku....

Saturday, April 11, 2009

- Hari Ini



Embun pagi yang menitis
Sejuk benar terpercik ke wajah
Menyegarkan dan menyedarkan

Fikiran yang jauh dilayang dicampak
Tersentak bila dingin itu dirasa
Menyentapkan benak yang tadi tidak di dunia nyata

Hari ini hari yang baru lagi...

Hari yang baru lagi
Hari yang tidak tahu bagaimana
Ia akan terjadi
Baikkah keadaan hari ini?
Burukkah yang sedang menanti?

Hari yang baru lagi
Tiba tanpa henti
Menyapa sebelum pergi
Meninggalkan tanpa disedari
Yang pasti belum tentu semua menyukai

Hari yang baru lagi
Yang leka akan rugi
Kerna tidak sedar masa itu berlalu pergi
Kemudian hanya menyesal ditinggal hari
Kerna esok akan ada hari yang baru lagi

Hari yang baru lagi
Beruntunglah mereka yang menyedari
Beringat ingat sesama sendiri
Penuhkan iman dan hidup mematuhi
Sebelum tibanya hari yang baru lagi

Esok...
Hari yang baru lagi...

Wednesday, April 08, 2009

- Bertemu Semula


Sedari tadi aku terfikir

betapa besar kuasa Yang ESA

betapa aku bersyukur kerna

masih tahu untuk bersyukur

atas segala kurniaan..



Pagi yang hening dingin ku rasa hangat

kerna terlalu teruja dengan segala nikmat

Tuhan itu maha menyayangi sekalian umat

hanya manusia yang selalu alpa

tanpa rasa syukur yang tersemat



Aturan langkahku dilajukan demi suatu tujuan

ingin ku bersujud padaNYA bersyukur atas kurniaan

DIA merahmati umatnya menyayangi semua ciptaan

tidak kira berdosa atau mulia kedudukan

kerna DIA

maha adil lagi tiada tandingan



Ya ALLAH

AL-BASIT AR-RAZZAQ

AL-‘ADL AL-‘AZIM

AL-WALIY AL-‘AFUW

AT-TAWWAB AS-SAMAD



Engkaulah segala galanya

Mohon aku hidup hanya kerna MU



Amen....

Sunday, April 05, 2009

- I.R.M.A.N bermaksud.....



Lapang itu sangat sunyi
dan sunyi dengan kelapangan
itu amat menenangkan


Semakin dekat dengan DIA
Semakin rapat dengan ujianNYA

Semakin kuat mengagah
Semakin akan menjadi tabah

Semakin rasa ingin bersamaNYA
Semakin indah perasaan cinta

Bertahanlah..
Tajamkan minda
Kuatkanlah semunya
kerna kau

IRMAN
Yang Akan Berjaya Pada Akhirnya...

p/s: 1st time memasukkan gambar sendiri gugugu

Friday, April 03, 2009

- Awan Gelap



Luluh perasaan kerana kecuaian
Gigil hati kerana keresahan
Terbungkam fikiran buat seketika

Panas terik tidak lagi dipeduli
Hujan tadi lansung bagai tidak membasahkan
Pelangi?..Tidak menarik perhatian...

Aku terlalu penat
aku terlalu tenat
Aku betul tidak larat..

Kerana cuai aku kehilangan lagi
Kerana tidak peka aku menjadi leka
Diri sendiri yang padah menerima
Diri sendiri yang sakit dalam gulana

Mana kau wahai kunci motor ku
gugugugu