Saturday, August 29, 2009

- itulah kamo dari kaca mataku

sejernih air yang mengalir di sungai
kamu menyejukkan rasa perihku
kamu membatukan api kemarahanku
kamu membuatkan aku terkaku
mengenangkan kamu

sesempurna langit yang tiada carik
tiada bocor tiada lubang tiada tiang
tiada perlu aku perbetul
begitu aku sangat hargai kamu
begitu aku sangat meninggikanmu

biar panas sang mentari
senyum kau membirukan pandangan
menyamankan lagi menyejukkan

biar sejuk hujan menyimbah
tawamu menghangatkan
sentuhmu memberi keselesaan

aku amat ingin kamu
aku mahu kamu
aku perlu kamu

namun aku tidak akan memaksamu
biar apa kata mu
aku pasrah hanya untuk kamu
aku sudah mendapat yang terbaik
dengan melihat senyummu

Thursday, August 27, 2009

- oel! akulah yang satu -

akulah yang satu

akulah yang satu
tak mungkin sama dalam dunia
kerana itu adat ciptaan DIA

akulah yang satu
tak mungkin sama dengan mereka
walau aku dan mereka dan kamu juga
mungkin lelaki mungkin ciptaan mungkin manusia

akulah yang satu
aku unik kerana aku adalah aku
ingin bermanja tika kau beraja
ingin memanja bila kau berduka
ingin kau satu dalam berjuta

akulah yang satu
jangan anggap aku sama
walau bagaimana yang pernah kau ada
walau seramai mana yang pernah kau jumpa
kerna aku satu dalam segala

akulah yang satu
mohon kau timbang
mohon kau fikir
akulah yang satu

tidak akan memberi rasa yang durja
seperti yang pernah kau selam
seperti yang pernah kau temukan
seperti yang pernah menyakitkan

akulah yang satu
akulah yang satu
akulah yang satu

berikan aku peluang
buktikan
akulah yang satu..

Wednesday, August 12, 2009

- bila mereka datang

mungkinkah siang akan memberikan jawapan
pabila mata terbuka menghadapi hari yang baharu?
jawapan yang sangat di inginkan..

mungkin juga siang yang datang tidak secepat mana
tanpa menyedari bila jawapan itu telah di ketahui
mana mungkin nafas dihembus
tanda sudah pergi satu lagi
kehidupan dunia
jalan yang ditamatkan sebagai hamba

jangan pernah lupa asalmu
jangan pernah tangis bila terlambat
kerana kamu tidak bisa untuk terlupa sebenarnya

buka minda dan hati
bukan ditaburi hanya dengan janji
tetapi dengan keindahan
sikap bersih diri dan manghargai
kerana kamu punya jalan untuk diri kamu
dan juga jalan untuk mereka selepas kamu
sebuah kehidupan yang baru

Sunday, August 09, 2009

- akuduniaku

mengapa kau menangis wahai mata?
dan apa terjadi denganmu wahai hati?

kau tersedu
kau teresak
kau menangis
kau kehibaan

berjurai air dari matamu
bergenang rasa melihatmu
putih matamu jernih
bagai hujan mencurah dimuntahi langit

kata padaku
bicara apa saja
aku pasti membantu

Friday, August 07, 2009

- masa itu

hadirmu sementara
memadamkan satu luka
namun melukakan pada akhirnya

pergimu selamanya
dekat dan nyata di mata
namun tidak wujud di jiwa
hanya rasa yang ada
bukan kasih
bukan setia

aku tidak relakan
pergimu
atau datangmu

aku pasrahkan
putaran itu
warna yang menyerlah
kasih yang tak berubah
kerana itulah cara aku
terima kasih untuk sedetik masa
yang kau pernah berikan padaku
masa itu
sangat bahagia
buatku

Wednesday, August 05, 2009

- DIA 2

lihat ombak yang menggulung
manakah kuasa dapat dipandang
lihat langit yang terbentang
melalui apakah ia bergantungan

kuasa DIA yang terhebat
maha segala kuasa

bila matahari yang panas
bahangnya memanggil peluh
berjurai tidak tertahan
pergi dan pergi

jua kuasa DIA yang menjadikan
maha dalam segala

tertutup terbuka segala pintu
mana satu yang betul
mana satu yang bukan

insan hidup sentiasa keliru
hanya satu yang pasti
kuasa DIA yang maha
dalam segala kuasa

Monday, August 03, 2009

- kita 2

berat bahu ini memikul sakit di hati
melangkahi kehidupan
ada duri ada ranjau
tersalah jalan asyik luka
tersalah pijak sendiri merana

namun tidak pernah berat di pandangan
mata mereka yang lain
mereka yang hidup penuh kesombongan dunia
mereka yang hidup dipayung harta
mereka yang hidup tidak pernah
dibasahi hujan kesusahan

fikirkan kawan
belum tentu mereka tidak akan menjadi lawan
fikirkan saudara
hidup bagai nakhoda
sentiasa ada yang ingin berkuasa
hidup sendirian
mana mungkin
kerana kita dicipta berpasang

ku cuba lari dari semuanya
masih lagi dikejar
masih lagi aku berlari

manusia dan masalahnya
semua sudah terbentang
jalan sudah tersedia
kita hanya melaluinya

berat
kita menggarap semuanya
ringan
kita juga yang menghasilkannya