Friday, March 13, 2015
Cinta Dalam Kaca
dalam mendung sang awan
kadang samar berbayang
di atas jalanan
kakiku langkahkan
pantas arah ke depan
mencari cari hala
ke arah cintamu
namun kau terus diam
hanya dengan senyuman
memandang
mentertawa kan aku
mengapa terus jadi begitu....
kelamnya duniaku
mentari kehidupanku
di balik rasa padamu
puas sudah kucuba
menepikan kamu...
tapi tak termampu...
tuhanku apakah aku
masih layak padaMu
meminta kepadaMu
untuk memilikinya
tuhanku apakah aku
masih layak padaMu
meminta kepadaMu
untuk memilikinya
betapa aku ingin menyentuhnya
dia seperti cahaya di dalam kaca
hanya boleh aku tumpukan mata
dan segala rasa.....
namun akan sentiasa
aku sukankan mu
inilah janjiku
selamanya
Wednesday, March 04, 2015
Sabar menanti hati
Salah siapa bila hati pergi
Tinggalkan diri kosong sendiri
Tiada siapa pernah meminta
Untuk jatuh hati kepada manusia
Untuk jadi hamba kepada cinta
Untuk mencintai yang tidak mencintai
Salah siapa bila hati pergi
Salah kah diri yang jatuh hati
Salahkah diri yang dicintai
Salahkah hati yang telah jatuh hati
Salah siapa bila hati ini pergi
Kepada seseorang yang tidak mencintai
Kepada insan lain sedang diri dicintai
Salah siapa bukan persoalan
Hati memang telah diciptakan
Untuk jatuh pada insan
Tanpa perlu dipinta
Tanpa perlu dipaksa
Bila hati sudah pergi
Minda harus pandai memujuk diri
Untuk memujuk kembali hati
Agar hati pulang kembali
Jangan pernah salahkan diri
Lumrah hati mudah untuk pergi
Lumrah juga bila hati mudah kembali
Sabarlah menanti hati
Dengan sabar mungkin hati akan kembali
Kembali sendirian sudah pasti
Kembali berpimpin tangan juga
Akan mungkin terjadi...
Monday, February 16, 2015
aku tidak mahu kamu
ia mungkin tidak kelihatan seperti bayu
tapi dapat aku terasakan bila kau menyentuh lembut
ia mungkin tidak cerah seperti mentari
tp aku dapat juga rasakan kehangatan dalam kehadiranmu
engkau bukan yang pertama
aku bukan sehijau pucuk baru bertumbuh
aku juga bukanlah sekeras bambu yang tinggi melangit
aku cuma insan
sedang belajar tentang hidup
sedang belajar tentang bahagia
sedang belajar tentang rindu
dan hadirmu buat aku semakin tahu
walau kau tidak pernah merasakan kehadiranku
walau kau tidak pernah tahu betapa aku yang merasakan itu
aku tetap bahagia
aku tetap merasa bahangnya kehadiranmu
aku tidak mahu kamu menjadi milikku
aku tidak mahu memiliki kamu
aku tidak mahu memelukmu tanpa melepaskanmu
tapi
aku mahu kamu memiliki aku
aku mahu kamu tahu aku milikmu
aku mahu kamu bahagia memiliki aku
aku mahu kamu memelukku dan tidak melepaskan aku
terima kasih atas kehadiranmu
sungguh aku tidak mahu memiliki kamu
aku cuma mahu kamu memiliki aku
Hati Ini
walau sekerap mana mata merapu
hati akan menangis di dalam sana
walau mulut ketawa terbahak bahak di luar
hati ini tidak menangis hanya kerana sedih
tidak akan ia menangis hanya kerana kecewa
tidak juga ia menangis hanya kerana sedikit duka
hati ini akan terasa bila gembira hadir tiba tiba
hati ini akan tersentuh bila jangkaannya salah dengan tiba tiba
hati ini seakan mengecil bilamana cinta terlahir menjadi air
berlalu mengikut arus di sungai dunia
paling tidak wajah akan murung sebentar
dengan tiba tiba
paling tidak gelak tawa menjadi hambar tanpa makna
paling tidak manusia akan hilang untuk seketika
hati ini
haruslah kau jaga
hati ini
haruslah kau belai dengan manja
hati ini
haruslah kau hargai
biarpun jasad ini bukan kepunyaan diri
terima kasih
Thursday, February 12, 2015
salahnya
Friday, October 31, 2014
harimu
awan gelap menutup langit semalam
membasahkan bumi tuhan terbentang
memberiku kedinginan kebasahan
rasa yang kurasa
seperti tidak terasa
kerana tumpu aku kala ini
kasih selendang yang kau lebarkan
rindu semerbak yang kau hadiahkan
hari ini indah bagiku
hari ini tiada gundah di benakku
hari ini hari ulang tahun kelahiranmu
selamat ulang tahun kelahiran sayangku
tiada hadiah lebih istimewa dari hadirmu
senyum tawa mu mentari dalam hidupku
gelak mesramu bidadari di hatiku
ucapan terindah buat kasih dan cinta
Selamat ulang tahun kelahiran
semoga kau terus menjadi cahaya
menemani hari hariku
selamat ulang tahun kelahiran kasih
biar cinta menemani hidupmu
semoga kau terus dalam kasih dan sayang
Friday, August 08, 2014
lukisan
sepertinya mati
tidak lagi bisa mendengar melihat
tidak tahu betapa indahnya dunia
dengan kamu bersama
rasa ini
bagai selalu berbagi
tentang rasa yang tak dapat difahami
tak dapat di miliki dan dirasai
di manakah sebenarnya cinta
yang menjadi rebutan manusia
adakah semua ini hanya ilusi yang tercipta
bila hati tidak pernah diluka...
hidup ini
adakah seperti mimpi
yang dijanji dengan duniawi
tapi sebenarnya hanyalah sebuah takdir yang dihadapi
tiada berhak menentukan sendiri
hanya memain watak yang tersembunyi
makna dan erti bagi sebuah
kehidupan yang kita tidak akan pernah tahu...
sehinggalah kita pergi selamanya
menjadi sejarah
atau mungkin terus dilupakan...