Monday, May 18, 2009
- Aku Pejam
bagai tenang air di kali
riak yang kecil pun mudah dicari
dititis akan beriak
dikuis apatah lagi
tak termampu sembunyikan apa apa
kerna keadaan akan menceritakan segala
sembunyikan dalam limpahan
berkocak air dikaki bukit
tak terduga apa di dalam
berderu deras tak terkejar
mengalir membawa segala bersama
menyembunyikan rasa jua akal yang bergolak
di balik arus yang membuak
kesilapan lansung setiap kali pun
kelupaan pada arahan
ke-endahan pada sesuatu yang sepatut
jauh meletak sendiri
berpinar dalam kabut fantasi
akhirnya tinggallah sesal tak tertanggung
bukan dipinta untuk gerhana
tak pernah terduga untuk celaka
namun masih salah sendiri
kerna cuai muhasabah diri
kerna abai nasihat perbaiki
tidak fikir untuk hari ini
lebih elok dari kelmarin
hari esok akan hadir jua
walau hari ini enggan untuk pergi
jangan aku takut untuk menghadapi
walau mungkin salah dalam laku
kerna aku kan manusia
yang penting aku berdiri
yang penting aku menyedari
yang penting aku tahu
aku tidak mahu buat lagi!
amen!
semoga dimakbul tuhan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apo kabor. lamo dah tak singgah
ReplyDeletesalam to Pok Li
ReplyDeletekabor baek yo...
Pok Li bz sangat nampaknya seminggu dua neyh..
jgn luper jg kesihatan k!
salam kembali =)