Thursday, May 28, 2009

- Matahari Tidak Bercayaha



tangan ku kayuh selaju mungkin
aku hampir terbenam
atau lebih faham
aku sedang lemas
kaki ku kuak mencuba

takut itu datang lagi
mengugut aku
mengertak aku
mentertawa ketakutan aku

di tengah daratan aku sedang karam
tanpa air aku kelemasan

lemas dan karam
kerana aku yang sedang kelam

mungkin aku sedang terlalu leka
mungkin aku sedang menuju jalan alpa
dan sekarang aku bagai tersedar

Ya Maha Agung
Jangan biar aku terluka
Hanya kerana aku sering terlupa

1 comment:

  1. Manusia sering terlupa..kepada siapa yang menjadikan kita..

    ReplyDelete

terima kasih