Wednesday, May 20, 2009

- Ungu Warnanya,Terbaik Untukmu



gegak gempita tidak kau hirau
badai menderu kau tak seriau
lagi kau lagak bagai sang rimau

hakikinya kau manusia
berotak dalam kotak
degil tidak teragak
benak tidak menggelegak
beku fikir kau sudah ku masak

langit kau tuju biar berjuta batu
dengan usahamu yang hanya satu
dakyah kau bawa engkau seru
bukan optimis tapi pesimis cara kau menyerbu

woi!!
angkat keningmu tanda kau marah kah?
lontar tanganmu tanda kau kuat kah?
tinggi suaramu tanda kau raja kah?

egois itu peribadi kau
kau fikir kau protagonis?
dalam hidup kau yang mengais?

kau hina aku dulu berharap
secebis bantuan agar tidak tertiarap
kini kau entah bagai si kurap
namun kau masih leka menderap
bagai kuda kepang yang mempersembah menghadap

aku bukan sesiapa
bukan orang tuamu punya kuasa
bukan jua darah dagingmu seperut sama
apatah lagi rakan yang seusia

namun aku insan punya rasa
memberi kata peringat agar kau tidak tersasar

bukan kerna aku sebaik manusia
tapi kerna aku jua pernah gagal lalai dek usia
mujur aku tidak terlalu terlanjur
mujur gaung itu masih dapat ku daki naik

untuk itu aku cuba sedarkanmu
agar kau tahu
hidup mungkin tidak seperti yang kau mahu
kerna
itulah kehidupan yang telah direncanakan
oleh Tuhan sekelian alam

bila mana jalan depanmu semakin gelap
berhentilah sebentar
carilah cahaya atas kepalamu
mungkin kau dapat jalan yang baru

3 comments:

  1. hohoho

    ako sedang marah eyh??
    hs3x...

    marah manusia tader guner r..
    bia diowang pk sendiri jer aper y terbaek buat dowang...
    gez...let it go je r...

    ReplyDelete
  2. Hidup mungkin sekali-kali luar dari kawalan

    ReplyDelete
  3. salam to Pok Li

    yeah..sekali sekala mungkin hilang kawalan..
    itu boley dimafkan.
    tp kalo seribu kali buat ksalaahan y sama itu ta faham rasernyer..he3x

    ReplyDelete

terima kasih