Monday, February 02, 2009

- regrets




awan,
mengapa sembunyikan hujan dalam dirimu?
kejutan untuk akukah bila hujan kuyupkan aku?
angin,
mengapa sayu yang kau bawa dalam tiupanmu?
tahukah kau selama ini aku sentiasa dalam syahdu?
mentari,
mengapa tunjukan aku erti benci dengan cahayamu?
akukah yang sendiri dalam pandanganmu?

kamu...
aku terkaku kerana kamu
jawapanmu...
hampanya pencarianku
itukah jawapan yang dicari aku?
pedih sakitnya rasa

namun hakiki itu yang perlu aku terima
ya,
itu hakiki,
suatu yang aku perlu akui...

kamu..
jawab aku......
aku moksakah dalam hidupmu?
tidak gembirakah kamu
bila adanya aku?
pernah laparkah kamu bersama aku?
pernah sakitkah kamu
tidak dijaga aku?
tidak pernah..
tidak pernah..

jawab aku..
tidak perlukah ucap terima kasih?
andai aku berlaku baik padamu?
andai aku menantangmu bagai minyak yang penuh?
laku semua demi kamu rasa gembira?
abaikan aku, sentiasa terluka untuk kamu?
jawab aku..

tiada terima kasih darimu..
sebaliknya rasa hina nan hiba darimu..
terima kasih..

aku hanya mahu kamu tahu
aku pentingkan kamu bahagia
aku inginkan kamu gembira

salahnya aku
kerna ingin kamu berterima kasih kepadaku..
betapa salahnya aku...


4 comments:

  1. Mengapa perlu ucap terimakasih?
    Kerana itu budaya kita..bila seseorang memberi sesuatu, berterimakasih lah sebagai menghargai pemberiannya..

    Terimakasih pada Aiman....kerana menjadi sahabat..

    ReplyDelete
  2. to kak tirana

    terima kasih kembali..
    dengan hati ini..
    yang tidak mengharap apa..
    sekadar mahu mengucapkan terima kasih..

    ReplyDelete

terima kasih