Friday, February 27, 2009
- AKU BENCI
Apa erti bahagia
Andai kosong itu isinya
Apa erti cinta
Andai hanya bercerita
Tiada rasa yang sedalamnya...
Mengapa hidup itu tiada seri
Walau pelbagai perasaan ditaburi
Mengapa gulana sering direncana
Sedangkan akal memilih jalan untuk berkelana
Salahkah setiap langkah yang diatur...
Buang jauh segala perasaan
Lontar entah kemana semua kemarahan
Inikah yang terbaik untuk dilalui...
Amarah ini tidak tahu dari mana
Kecintaan ini tidak tahu untuk apa dicanangkan
Kasih sayang itu berbaloikah untuk dipertahankan
Kerana kita hanya manusia
Tiada yang kekal dalam segalanya
Yang ada hanya perubahan
Untuk kebaikan jua untuk keburukan
AKU BENCI KERNA AKU MASIH SAMA
MASIH KECIL DIPANDANGAN
MASIH KERDIL SEPERTI YANG LAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perlahan-lahan. Kecil bernama. Besar nanti pasti bergelar.
ReplyDeleteto Pok Li
ReplyDeletedengan izin tuhan..terima kasih atas doa Pok Li.
salam